Melayu Belum Merdeka

Standard

Merdeka bukan sahaja bermaksud bebas daripada penjajahan, malah menurut Kamus Dewan, ia juga membawa erti tidak bergantung pada yang lain dan berdiri sendiri.
Secara mudah boleh difahami bahawa bangsa yang merdeka mestilah mempunyai kemampuan untuk berdikari, tanpa bergantung pada pihak lain untuk hidup. Itulah makna kemerdekaan hakiki.

 
Awal-awal rencana ini lagi satu soalan panas perlu dilontarkan kepada umat Melayu; benarkah kita tidak bergantung pada orang lain untuk hidup? Hakikatnya beras, tepung, gula, minyak masak dan garam berada dalam genggaman kemas monopoli kaum Cina. Merdekakah kita?

 
Merdekakah kita jika bahan binaan rumah yang merupakan keperluan asasi untuk hidup dikawal sepenuhnya orang Cina?

 
Jika saudara tidak tersentak dengan soalan itu, maka sebenarnya saya terlupa untuk menambah fakta iaitu selepas 60 tahun. Merdekakah kita, jika selepas 60 tahun memerintah negara sendiri, makanan asasi dan rumah tempat perlindungan kita masih dikawal oleh orang Cina?

 
Jika saudara mengatakan bahawa mereka juga rakyat Malaysia dan kita saling perlu memerlukan, maka saya ingin mengatakan bahawa sekurang-kurangnya hakikat pahit yang mesti ditelan ialah orang Melayu belum merdeka berdasarkan definisi Kamus Dewan itu. Kita bercakap tentang diri kita dan kaum kita.

 
Mahukah kita senaraikan lagi barangan keperluan lain yang turut kita bergantung harap pada kaum lain? Senarai itu akan jadi panjang dan perasaan akan jadi tidak keruan melihatnya nanti.

 
Tetapi orang yang khayal memang tidak sukakan realiti kebenaran yang akan menyentap khayalannya. Sebahagian pembaca rencana ini kemungkinan sudah ada yang ingin menamatkan bacaan, kerana rasa menyampah untuk menelan hakikat yang pahit.

 
Mengapakah ini berlaku? Sudah tentu terdapat banyak faktor yang menyumbang.
Bagaimanapun, dalam rencana pendek ini, kita mahu menumpukan perhatian kepada gelagat orang-orang politik masa kini. Apakah perkara ini menjadi bahan perjuangan mereka?

 
Kurangnya sambutan generasi anak muda Melayu untuk mendaftar sebagai pemilih memberikan satu petunjuk nyata bahawa mereka sudah tidak berminat dengan isu politik tanah air.

 
Ini semua kerana gelagat orang-orang politik Melayu yang membosankan, aksi percakaran dan perkelahian yang tidak produktif, melainkan mengandungi keuntungan sempit bagi individu dan parti berkaitan.

 
Mengapa fenomena yang sama tidak berlaku kepada generasi anak muda Cina? Jawapannya ialah wujudnya kesepakatan orang-orang politik Cina daripada pelbagai parti politik untuk menjaga kepentingan orang Cina.

 
Bahkan amat jelas sekali mereka sudah ada agenda bersama yang jitu sejak sebelum merdeka lagi. Ini terbukti pada kekukuhan jaringan institusi pendidikan dan perniagaan mereka, yang menjadi faktor penyatu dan pemacu agenda politik orang Cina.

 
Parti hanyalah buah catur yang digerakkan menurut agenda bersama orang Cina. Oleh sebab itu, tidak kiralah parti apa pun yang menang, sama ada ia MCA, DAP ataupun Gerakan, orang Cina tetap untung.

 
Berbeza dengan politik orang Melayu. Agenda nasional yang dikatakan untuk memajukan orang Melayu akhirnya disumbat dalam kerangka kepentingan politik kepartian.

 
Bukan rahsia lagi bahawa segala bantuan pembangunan disalurkan melalui saluran parti di seluruh negara. Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk negeri Kelantan sebagai contoh, ditubuhkan sebaik sahaja Kelantan jatuh ke tangan PAS.

 
Pada hari ini, bukan sahaja kita rasa “semak” dengan jawatan politik yang tidak signifikan kecuali menjaga kepentingan parti semata-mata, malah isu-isu yang dibangkitkan juga tidak signifikan bagi kemerdekaan hakiki orang Melayu. Semuanya kerana kepentingan sempit parti.

 
Ringkasnya, agenda kemerdekaan hakiki bagi orang Melayu tergadai dalam persengketaan politik kepartian orang-orang Melayu sendiri. Orang Melayu tidak mempunyai satu badan yang bebas kepartian, yang memastikan agenda kemerdekaan hakiki mereka terlaksana tanpa mengira perbalahan kepartian yang tidak akan reda.

 
Mungkin sebahagian kita akan mempersoalkan, benarkah pemimpin kita zaman merdeka dahulu ada agenda kemerdekaan yang hakiki, dengan matlamat untuk berdiri atas kaki sendiri dalam soal keselamatan makanan dan perlindungan asasi?

 
Ia satu persoalan yang amat menarik untuk dikaji. Bagaimanapun, telah dinyatakan di atas bahawa rencana ini hanya mahu menumpukan perhatian pada gelagat orang-orang politik Melayu masa kini.

 
Berbalik kepada isu praktis yang menyumbat agenda kemerdekaan hakiki orang Melayu yang besar ke dalam acuan politik kepartian yang sempit, akhirnya terbentuk dua pola kelakuan politik orang Melayu.

 
Pertama ialah pola kelakuan berpaksikan habuan material. Segala khazanah kekayaan negara berpusat pada parti yang memerintah, maka segala juak-juak yang berkerumun, turun naik pangkat, hanya kerana habuan material semata-mata.

 
Pola kelakuan jijik ini secara automatik melahirkan pola kelakuan politik kedua yang berpaksikan dendam kesumat, perasaan tidak puas hati kerana tidak mendapat habuan material yang menjadi kiblat politik semasa.

 
Dendam yang diwariskan dari generasi ke generasi ini mudah sahaja hilang jika ada yang menghulurkan habuan. Di Malaysia, bukan sahaja individu politikus boleh dibeli, bahkan parti sekalipun boleh diletakkan harga.

 
Oleh sebab itu, tidak menghairankan apabila kita lihat sebahagian politikus Melayu yang sudah terbuang daripada pemilihan parti atau sudah punyai rekod perkhidmatan yang buruk, masih terus hidup hayat politiknya, kerana ada yang membiaya demi kepentingan parti terbabit, hatta kepentingan parti Cina sekalipun.

 
Apabila kita bercakap tentang agenda kemerdekaan hakiki bagi orang Melayu, kita sedang bercakap mengenai prinsip. Prinsip harga dan maruah diri, prinsip keselamatan makanan, prinsip tempat berlindung bagi keluarga (rumah) dan sebagainya.
Melanggar prinsip atau mengetepikannya, akan membawa kepada kemusnahan, kejatuhan, malah kepupusan sesuatu bangsa di muka bumi ini.

 
Politik kepartian yang melampau dalam kalangan kebanyakan orang politik Melayu pada hari ini telah menggadaikan prinsip dan nilai suci yang diajarkan oleh agama.

 
Kiblat mereka bukan lagi perintah Allah dan Rasul. Kiblat mereka ialah habuan material. Maka sudah tentu dan pasti, tuan yang mereka sembah ialah golongan kapitalis yang tidak pernah kehabisan duit untuk menghulur. Dan kita semua tahu siapakah 99% bangsa kapitalis di Malaysia ini.

 
Firman Allah Taala dalam Surah an-Nisa’ ayat 138-139 yang bermaksud:
“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).”

 
Ayat itu menyebut sifat orang munafik yang meninggalkan orang-orang beriman demi mengejar kemuliaan dan kemegahan bersama orang-orang kafir. Meninggalkan agenda kemerdekaan hakiki orang Melayu demi mengejar habuan material di sisi pembiaya politik, menepati sifat kemunafikan dalam ayat itu.

 
Kesimpulan yang saya ingin ketengahkan di sini ialah politik kepartian orang Melayu sudah menjadi gelanggang perebutan kuasa yang kos persaingannya mengikat pemain-pemain yang terlibat agar menurut telunjuk pembiaya, bukan memenangkan agenda bangsa.

 
Jadi apakah jalan keluar daripada situasi “dicucuk hidung” ini? Jelas sekali memenangkan satu parti ke atas satu parti lain bukan jalan keluar, selagi kuasa ekonomi berada di tangan bukan Melayu.

 
Jangan kata Pakatan Harapan apatah lagi Barisan Nasional, malah Gagasan Sejahtera pun jika ditakdirkan menang, tidak akan boleh beroperasi dengan baik untuk memerdekakan orang Melayu dengan kemerdekaan hakiki, selagi kuasa ekonomi berada di tangan orang lain.

 
Persoalan ini terlalu mendasar. Ia mengenai krisis kepimpinan dan masa depan orang Melayu. Ia bukan sekadar konflik antara parti lagi.

 
Sekali lagi, orang yang suka berkhayal pasti tidak senang dengan hakikat ini, mahu meneruskan khayalan untuk berjuang memenangkan parti khayalan masing-masing.

 
Krisis ini memerlukan kepimpinan baharu. Para pemain politik Melayu masa kini akan kekal mengheret kita dalam permainan lama, yang memasung selama-lamanya kemerdekaan hakiki orang Melayu.

 
Selagi parti politik dijadikan paksi, selagi itulah agenda orang Melayu disiat-siat agar muat dalam kotak kepentingan politik sempit, selagi itulah kita dibawa berputar dalam kitaran yang sama oleh politikus Melayu sedia ada.

 
Krisis ini bukan sahaja menuntut kepimpinan baharu dari segi wajah dan batang tubuh. Tetapi ia menuntut kepimpinan yang berani untuk membuat arus baharu. Berani dan sanggup berkorban membayar harga satu perjuangan mulia yang telah dikhianati selama ini, dan seterusnya punyai jiwa besar untuk memulakan perjalanan yang jauh.

 
Kita perlukan kepimpinan yang mampu membebaskan diri daripada pengaruh politik kepartian. Kepimpinan yang bukan sahaja ikhlas membangunkan masyarakat dengan agenda yang jelas bermanfaat, bahkan yang lebih penting kepimpinan yang bijak menolak usaha “rampasan” dan “sabotaj” program-program yang bagus oleh politikus dan parti yang oportunis.

 
Biar program kecil dan sederhana, asalkan merdeka. Tiada yang mustahil jika ada kehendak dan kemahuan yang kuat. Apatah lagi jika kehendak dan kemahuan yang kuat ini berjaya disatukan dan diselaraskan antara jutaan anak bangsa yang ikhlas di luar sana.

 
Kita sentiasa percaya pada kata-kata motivasi dalam bisnes, yang menganjurkan permulaan yang kecil dengan modal kecil, meniup semangat dan kemahuan waja untuk mencapai kejayaan. Akhirnya dengan kata-kata itu terbukti sudah ramai orang berjaya dalam bisnes mereka.

 
Tetapi mengapa dalam soal politik, kita miskin kepercayaan pada itu semua? Pelik apabila dalam soal politik, orang Melayu lebih percaya pada kata-kata ringgit.

 
Inilah yang saya maksudkan sebagai jiwa besar untuk memulakan perjalanan jauh, demi sebuah perjuangan memerdekakan anak bangsa dengan kemerdekaan yang hakiki.

 
Langkah pertama bagi sesiapa yang mahukan kemuliaan dan darjat tinggi pejuang kemerdekaan hakiki ini, ialah memerdekakan diri sendiri daripada sebarang ketundukan dan kehambaan, selain daripada pengabdian diri kepada Allah. Hawa nafsu adalah sembahan pertama yang menunggu di perjalanan untuk menyelewengkan agenda asal yang suci ini.

 
Merdeka adalah sifat asal seorang muslim. Semenjak turunnya wahyu yang pertama, Islam bukan sahaja membebaskan muslim daripada perhambaan sesama manusia, bahkan menguasakan dirinya untuk berubah ke arah lebih baik dan memimpin umat manusia lain.

 
Kita perlukan pemimpin yang mampu membawa masyarakat Melayu kembali kepada Islam dan keluar daripada kepompong politik kepartian. Islam jika dilaksanakan dalam segenap sudut kehidupan, mampu menguasakan orang Melayu untuk meraih kemerdekaan yang hakiki dan menamatkan situasi krisis dipermainkan oleh orang lain masa kini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s