The Problem With Liberal Muslim Today

Standard

Seringkali liberal muslim berhujah menggunakan ayat Quran dan bahan rujukan yang ditulis oleh sarjana Islam. Malangnya mereka menggunakan kerangka Barat untuk memahami Islam. Persoalan akidah diletakkan dalam kerangka perbahasan falsafah, yang kemungkinan betul dan kemungkinan salah, bergantung pada sempadan pengetahuan manusia dari sudut pancaindera, masa dan tempat.

Untuk fahami Islam, perlu dalam kerangka Islam, bukan dalam kerangka Barat. Barat melihat alam ini tercipta dengan sendirinya dan manusia adalah tuan kepada dirinya sendiri. Atas tasawur itu, Barat tidak mentauhidkan Allah. Atas iktikad itu, Barat menghasilkan pelbagai teori sebagai landasan kehidupan manusia. Atas teori-teori itu, Barat melahirkan pelbagai sistem; politik, ekonomi, sosial, pendidikan dll. Atas sistem-sistem itu, pelbagai peraturan dan undang-undang disusun atur.

Allah memberitahu bahawa alam ini ciptaan-Nya, sebagai kemudahan untuk manusia yang berperanan sebagai hamba dan khalifah-Nya. Atas tasawur itu, mentauhidkan Allah adalah dasar dan paksi kehidupan muslim. Atas iktikad itu, lahirlah manhaj hidup muslim. Atas manhaj itu, lahirnya pelbagai sistem Islam; politik, sosial, pendidikan, undang-undang dan sebagainya. Atas sistem-sistem itu, pelbagai peraturan dan undang-undang disusun atur.

Anda tidak akan menemui jalan keluar apabila membincangkan hukum pusaka Islam, yang membezakan wanita dan lelaki, dalam sistem sosial Barat, kerana manhaj hidupnya berbeza, lahir daripada iktikad yang berbeza, berpunca daripada tasawur yang berbeza. Kerangkanya berbeza sama sekali, bukan pada tahap undang-undang dan peraturan, bukan pada tahap manhaj hidup, bukan sekadar akidah, bahkan menjangkau kepada soal siapa manusia dan apakah hakikat alam ini.

Amat malang sekali, apabila seorang muslim yang mempunyai al-Quran sebagai rujukan utama serta barisan generasi ulamak yang hadir di sepanjang ribuan tahun yang lampau sehingga ke hari, tiba-tiba berpaling meninggalkan sumber pengetahuan yang agung dengan manhaj kajian ulamak yang teramat mantap itu, lalu memilih untuk berada dalam lingkungan manusia yang tercari-cari arah kebenaran.

Dalam Islam kita temui jawapan, dalam falsafah Barat kita akan tercari-cari.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s