Soalan berjawab

Standard

Faq-iconSudah lama saya tidak mengemas kini blog ini. Saya lebih selalu beri tumpuan kepada facebook. Ada beberapa perbualan dalam FB yang rasa elok dikongsikan di sini. Berikut adalah salah satu soal jawab antara saya dengan seorang rakan FB, yang tidak saya kenali. Moga bermanfaat.

Soal jawab dengan individu A:

A:
Ustaz, kenapa perlu pilih jalan pertembungan sesama sendiri (sesama gerakan Islam di Malaysia) buat masa ini sehingga menimbulkan ketidakselesaan/prasangka di banyak pihak termasuk di pihak ISMA sendiri?..

Saya:
Kami bertembung dengan kem liberal. Sesiapa yg duduk dekat dengan kem itu akan terasa bahangnya.

A:
Ustaz, jika diambil contoh daripada wacana baru-baru ini di Kelantan, kelihatan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr MAZA kurang selesa dgn pendirian ISMA. Adakah ustaz melihat ini juga sebagai pertembungan dengan kem liberal (atau mungkin sebagai pertembungan dengan individu yg bersubahat/sepakat dengan kem liberal) atau ini adalah isu yg berlainan? Maaf ustaz, ini bukan bertujuan provokasi atau seumpamanya, ini lebih kepada untuk mendapat pencerahan. Mudah ada fb ni, boleh tanya ustaz terus tanpa perlu bersangka-sangka. Jazakallah ustaz kerana melayan persoalan saya.

Saya:
Kena bagi contoh kata-kata mereka yang spesifik, baru boleh dicerahkan.

A:
Contoh 1 – Cara pembawaan/idea ISMA yang hanya memfokuskan kepada orang Melayu sahaja bertembung dengan pandangan banyak pihak termasuk Dr MAZA dalam wacana itu walaupun berulang kali ISMA nyatakan itu adalah strategi dan bukannya dasar perjuangan.

A:
Contoh lain adalah pertembungan idea ISMA yg menyeru untuk undi berdasarkan individu yang berwibawa dan bukannya blok kepartian yang diwakili seperti mana yg diwara-warakan oleh PAS terutamannya untuk kemenangan PR.

A:
Saya nampak pertembungan banyak dari sudut pandangan politik dan bukannya dari sudut dakwah dan tarbiyyah ISMA.

Saya:
Contoh 1- Liberal akan mencairkan jatidiri sesuatu bangsa. Fahaman liberal ini dipromosi dengan giat oleh DAP dan PKR. Dan kita tahu siapa yang berada dekat dengan kem itu.

Saya:
Contoh 2 – Antara dhawabit taaddudiah siasiyah (tatacara dalam kepelbagaian parti politik) dalam Islam seperti mana yg digariskan oleh para ulamak antaranya Prof Dr Solah as-Sowy ialah kepentingan umat mestilah mengatasi kepentingan blok politik. Kami memilih kepentingan umat, pihak lain memilih kepentingan kepartian yg sempit. Kemenangan calon muslim yang berwibawa memberikan kelebihan kepada kumpulan Islam. Kenapa perlu bertembung dengan kami, saya bertanya pula?

Saya:
Biarlah saya beri sedikit kesimpulan: Untuk mengislah kerosakan pemerintah, tidak perlu sampai berkawan, berada dalam satu saf bahkan mempertahankan puak liberal, sehingga prinsip yang nyata pun diketepikan. Islah hukumah (pengislahan kerajaan) yang korup tidak boleh dengan cara membawa pemerintah baru yang didominasi oleh puak liberal. Prinsip ini mudah saja untuk difahami, tapi sanggup dilanggar (bertembung) kerana strategi. Apabila bertembung antara prinsip dan strategi, nak pilih mana? Kami pilih prinsip, strategi ada banyak lagi tanpa perlu puak liberal pun.

Soal jawab dengan individu B:

B:
Assalamu’alaikum ustaz hazizi yang saya hormati. maaf kerana mengambil sedikit masa ustaz untuk membaca mesej ini. saya ada satu pertanyaan dan sekaligus merupakan cadangan.
dalam wacana perdana di kelantan yang lepas, ustaz ada menekankan berkaitan KUASA oleh melayu-muslim. soalan :
1. adakah KUASA itu bermaksud dalam menubuhkan sebuah kerajaan?
* dengan menubuhkan sebuah kerajaan
2. adakah jika kita mengundi PR maka sekaligus memberikan KUASA kepada melayu-muslim yang memang majoriti berbanding DAP
3. jika kita mengundi PR bukankah ia juga bermaksud memberikan PAS kuasa besar dalam kerajaan baharu. walaupun mungkin hanya segelintir, tetapi bukankah ia satu usaha setapak. sepertimana ISMA mencalonkan wakil hanya pada 7 kerusi di parlimen.
4. adakah fokus kita saat ini berpusat pada MENUKAR kerajaan. jika ia, perlukah kita semua bersatu memenangkan PR. 7 kerusi jika tidak cukup pada PR maka kerajaan memerintah tetap BN.
sekadar itu soalan saya ustaz, mohon pencerahan. jzkk.

Saya:
Premis 1) UMNO korup, tapi dominan dalam BN (tapi semakin lemah dominasi)
Premis 2) PAS Islamik, tapi tidak dominan dalam PR. Yang dominan ialah puak liberal, DAP dan PKR.
Macam mana dgn dua premis ini? Klu setuju dgn premis ini, ana akan proceed.

B:
premis 1, InshaAllah setuju
Premis 2 ana kurang maklum tentang isu dominan
boleh sahaja anggap ana setuju dua-dua premis tersebut
terima kasih ustaz respon

Saya:
Dominan dlm sesebuah kerjasama ialah di ketika berlaku perbezaan pada sesuatu isu yg tidak boleh diselesaikan, maka keputusan berada di tangan pihak yg dominan, yg tidak dominan terpaksa akur. Dalam PR, jelas dominasi berada di tangan aliran liberal.

Premis 3) Projek memartabatkan Islam (ketuanan Islam) bergantung di awal hingga akhir pada dokongan orang Islam. Orang kafir hanya berjuang untuk periuk nasi (dunia) mereka saja. Jika adapun persamaan nilai, ia hanyalah di pertengahan jalan, matlamat akhir tetap tidak sama. Mereka boleh jadi penyokong, tapi projek Islam perlukan dokongan orang Islam sebelum sokongan kafir.

Oleh itu, prioriti utama sekarang ialah kesepakatan semua pihak yg beragama Islam terutamanya orang Melayu (majoriti) atas perkara-perkara fundamental iaitu kedudukan Islam dan Melayu, pastikan tidak dicabar oleh sesiapa walau sekadar kenyataan mulut yg liar, lebih2 lagi jika berbentuk seruan berorganisasi yg sdg rancak berlaku skrg.

Malangnya orang kita bukan saja tidak sepakat atas perkara2 fundamental itu, malah lebih menyedihkan skrg masing2 menagih sokongan (undi) orang kafir, maka segala yg dituntut oleh orang kafir akan ditunaikan / diiakan. Itulah yg disebut sebagai kuasa tawar menawar yg semakin lemah.

Jika kuasa tawar menawar sudah lemah, maka jauh lagilah untuk dapat kuasa dominan tahap penentu keputusan yg memaksa orang kafir akur pada kita. Tiada projek ketuanan Islam boleh dilaksanakan apabila tiada kuasa tawar menawar.

Harap dapat beza antara kuasa tawar menawar dan kuasa dominan.
Bersambung iA.

B:
oh begitu, jzk ustaz atas penerangan..
jika ada sambungan, saya amat suka untuk menelitinya.
moga usaha murni ISMA diberkati Allah s.w.t

Soal jawab dengan individu C:

C:
Salam. Ustaz, boleh saya tahu kenapa ustaz ada cakap, apabila berpecahnya melayu maka berpecahlah islam? Saya lihat quran/hadis tidak menyebutkan perkara ini secara khusus kpd bangsa arab apatah lagi melayu..
Boleh ustaz jelaskan?

Saya:
Sebab 95% orang Islam di Msia ialah org Melayu.

C:
Jadi, adakah islam mengajar kita supaya menumpukan kepada golongan majoriti dan mengabaikan yang minoriti? Umat islam pada mulanya juga adalah minoriti. Boleh ustaz jelaskan?

Saya:
Ada ke dlm slogan isma tu perkataan abaikan minoriti?

C:
Memang pun dalam slogan isma tidak sebut dengan jelas supaya mengabaikan minoriti. Tetapi, saya lihat isma terlalu memfokuskan melayu. Setahu saya, islam ni rahmatan lil’alamin. Islam ni untuk semua. Bukan hanya untuk melayu..

Saya:
Salah kah fokus kpd 95%? Bahkan isu 5% akan selesai byk klu 95% selesai.

C:
ok. selesai bab tu. saya ada satu lagi kemusykilan, kenapa isma tidak mahu sertai pas, sedangkan PAS juga memperjuangkan Islam?

Saya:
Ana dah jawab dlm wacana.

C:
ooh
ok
kenapa saya tengok di laman web ismaweb, ada artikel yang berbentuk hasutan untuk memecahbelahkan Pas dari DAP dan PKR?

Saya:
Sebab DAP dan PKR berfahaman / ideologi liberal Barat. PAS Islam. Kalau UMNO yg duk sekali ngan liberal logiklah jugak.

C:
ustaz, saya berpendapat, pada masa kini kita mempunyai pemimpin ambil komisyen, pemimpin yang bermasalah
jadi, saya berpandangan, keutamaan tertinggi sekarang adalah menjatuhkan pemimpin yang korup terlebih dahulu
apa pandangan ustaz?

Saya:
Soalnya siapa yg akan naik? Jawapan yg ada ialah pimpinan liberal. PAS tidak dominan.

C:
ustaz kata PKR berfahaman/ideologi liberal.
tapi, saya x nampak apa2 pun ideologi pkr yang liberal
boleh ustaz kongsikan 1 contoh ideologi liberal yang pkr bawa?

Saya:
Konsep kesamarataan, isu kalimah Allah, isu Baru Bian dll.

C:
ok. terima kasih atas pandangan ustaz

 

Advertisements

3 thoughts on “Soalan berjawab

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s