Strategi Barat Untuk Membendung Islam -Bahagian 1

Standard

Markaz al-Arabi lil Dirasat al-Insaniah, sebuah pusat kajian yang berpengkalan di Kaherah, Mesir, telah menerbitkan satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Basim Khafaji ke atas Laporan Institut RAND 2007 yang bertajuk “Building Moderate Muslim Networks”. Kajian ini diberi tajuk “Strategi Barat Untuk Membendung Islam”, diterbitkan pada tahun 2007.

Kajian yang ditulis dalam bahasa Arab ini, mengemukakan satu bacaan analisis terperinci terhadap Laporan RAND tersebut. Bacaan terperinci itu memberikan tumpuan khas kepada idea-idea, yang terdapat di dalam laporan tersebut, mengenai strategi Amerika bagi menangani Islam dan aliran-aliran Islamis, melalui usaha membina kekuatan jaringan yang memusuhi Islam yang dinamakan sebagai “Jaringan Muslim Moderat”. Idea-idea itu turut memberi fokus kepada usaha mewujudkan definisi baru bagi perkataan moderat agar bersesuaian dengan kepentingan strategik Amerika.

Kajian ini mengandungi empat bahagian. Bahagian pertama ialah mukadimah, yang memperkenalkan landasan pemikiran Institut RAND, laporan-laporan lalu yang dikeluarkannya mengenai dunia Islam, nilai laporan-laporan itu dari sudut perhatian yang diberikan oleh pembuat dasar (policy makers) Barat terhadap cadangan-cadangannya, serta perubahan beberapa cadangan itu menjadi polisi amali. Selain itu, bahagian ini juga mengandungi pengenalan umum mengenai laporan Institut RAND yang baru serta idea-idea penting yang terdapat di dalamnya.

Bahagian kedua kajian yang mengandungi 59 muka surat ini pula membentangkan bab-bab yang terdapat dalam Laporan RAND, idea-idea yang terdapat dalam setiap bab, huraian bagi setiap bab serta kaitannya dengan dunia Islam. Selain itu, bahagian ini turut mengemukakan beberapa petikan daripada laporan tersebut, yang dikira boleh membantu pembaca dan pengkaji untuk mengenali gaya bahasa yang digunakan oleh laporan itu serta idea-ideanya.

Bahagian yang ketiga pula mengandungi pemerhatian terhadap ciri-ciri utama strategi Amerika yang dicadangkan oleh institut RAND untuk membendung Islam. Penulis berusaha sedaya upaya untuk menggariskan ciri-ciri itu selengkap yang mungkin berdasarkan metode kajian ilmiah, sambil berharap kajian ini akan menjadi pendorong kepada kajian selanjutnya dalam bidang ini, yang dapat membantu memperbetulkan perspektif dan langkah-langkah amali yang akan diambil oleh para pemikir, pengkaji dan pembuat dasar di dunia  Arab dan Islam.

Bahagian keempat pula mengemukakan beberapa resolusi dan cadangan yang boleh menyumbang ke arah merangka satu perancangan balas bagi agenda Islam, untuk meminimakan kesan-kesan negatif yang mungkin timbul hasil dokongan kerajaan negara-negara Barat terhadap cadangan-cadangan laporan RAND. Resolusi-resolusi kajian (Dr Basim) ini juga mengandungi beberapa cadangan tindakan praktikal berkaitan beberapa mekanisme yang perlu diambil bagi menangani laporan-laporan sebegini sebelum cadangan-cadangannya bertukar menjadi polisi Amerika untuk membendung kebangkitan umat Islam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s