Wala’ dan Bara’ Dalam Konteks Perjuangan Menegakkan Syariat Islam

Standard

1. Punca wujudnya gerakan Islam ialah syarak, iaitu Allah S.W.T. Manakala punca wujudnya gerakan demokrasi Barat ialah rakyat, iaitu kehendak manusia. Perbezaan punca wujud ini adalah perbezaan jauhari, bukan sahaja tiada titik pertemuan di pertengahan jalan, bahkan saling bertembung dan bertentangan.

2. Objektif gerakan Islam ialah untuk menegakkan syariat sehingga semua manusia tunduk kepada Allah. Objektif gerakan demokrasi Barat ialah mempertuhankan suara manusia.

3. Wasilah dan kaedah untuk menegakkan syariat ini mestilah berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh syarak sendiri. Antara garis panduan itu ialah isu Wala’ dan Bara’.

4. Wala’  memberi erti berkasih sayang, berteman rapat dan bertolong bantu memenangkan yang dikasihi itu. Manakala Bara’ adalah lawan kepada Wala’.

5. Wala’ dan Bara’ adalah isu akidah, merupakan implikasi langsung kepada pengucapan Dua Kalimah Syahadah. Selain kewajiban mentauhidkan Allah dan arahan menjauhi syirik kepada-Nya, penegasan mengenai kewajiban Wala’ dan Bara’ adalah antara yang banyak disentuh dalam al-Quran, dalam konteks aqidah. Antaranya:-

a) Surah al-Mumtahanah ayat pertama.

b) Surah al-Mumtahanah ayat keempat.

c) Surah an-Nisa’ ayat ke 144.

d) Surah al-Maidah ayat ke 51.

e) Surah Ali Imran ayat ke 28.

f) Surah al-Mujadilah ayat ke 22.

g) Surah Ali Imran ayat 118.

 

6. Berdasarkan ayat-ayat yang banyak di atas, jelas menunjukkan bahawa asas Wala’ dan Bara’ ialah iman. Wajib memberi wala’ kepada orang yang beriman, haram memberi wala’ kepada orang kafir. Ini adalah thawabit dalam Islam, unsur tetap yang tidak akan berubah sehingga ke hari kiamat.

7. Pengharusan berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang kafir seperti yang terdapat dalam ayat kelapan daripada Surah al-Mumtahanah (walaupun ada ulamak tafsir seperti Qatadah mengatakan ia sudah dimansuh oleh ayat pertama hingga kelima daripada Surah Taubah), mestilah difahami seiring dengan ayat-ayat pengharaman Wala’ yang begitu banyak kepada mereka dan terbatas kepada yang tidak memerangi Islam. Mencampur adukkan antara berbuat baik dan berlaku adil dengan memberi wala’ adalah satu tindakan yang mengelirukan daripada orang yang alim atau ia memang tindakan daripada yang jahil tentang syarak.

8. Dalam konteks pemerintah beragama Islam yang zalim dan fajir, maka rakyat wajib memberi Wala’ sekadar ketaatannya sahaja dan wajib Bara’ terhadap sebarang kezaliman dan kefajirannya. Bara’ terhadap pemerintah seperti ini tidak sama dengan Bara’ terhadap orang kafir, kerana sepakat Ahlu Sunnah wal Jamaah bahawa dosa-dosa besar tidak mengeluarkan seseorang itu daripada Islam (menjadi kafir), kecuali jika ia melakukan perbuatan syirik atau perbuatan-perbuatan yang tidak boleh ditafsirkan selain kufur.

9. Kaedah amar makruf nahi mungkar juga mestilah berpandukan kepada garis panduan syarak. Bukan hanya kerana pendakwah yang melakukan amar makruf nahi mungkar itu adalah seorang muslim yang mesti patuh kepada syarak, bahkan urusan amar makruf nahi mungkar itu sendiri adalah urusan syarak. Ia adalah agenda syarak asalnya, bukan agenda rakyat seperti mana-mana rakyat yang tidak bersyariat di muka bumi ini yang mahukan keadilan, yang bertindak mengikut hawa nafsu tanpa terikat dengan mana-mana kitab dari langit.

10. Oleh itu:-

a) Maka tindakan menyamakan pemerintah beragama Islam yang zalim dan fajir dengan orang kafir, apatah lagi jika ditinggikan lagi kedudukan orang kafir yang dikatakan adil menurut neraca akal dan bukan neraca syarak, adalah satu pencabulan terhadap konsep Wala’ dan Bara’ yang lahir daripada Dua Kalimah Syahadah.

b) Mengerah anggota agar bertolong bantu melonjakkan ketokohan pemimpin kafir yang memerangi agama Allah adalah satu tindakan yang mencabul konsep Wala’ dan Bara’, selain mencabut ciri utama gerakan Islam lalu bertukarlah statusnya kepada gerakan demokrasi semata-mata.

c) Bertahaluf dengan parti kafir yang terang-terangan menolak perlaksanaan syariat Islam di ketika umat Islam berpecah belah dan kejahilan melata adalah satu lagi pencabulan kepada konsep Wala’ dan Bara’. Tuntutan wajib pada ketika ini ialah  menguatkan dan memperkukuhkan Wala’ sesama orang-orang yang beriman dan menjauhi apa-apa persepakatan (Bara’) dengan orang-orang kafir. Selagi dia beriman, selagi itulah Wala’ kita bersamanya. Selagi dia kafir, selagi itulah kita Bara’ terhadapnya. Noktah-noktah ini hanya relevan bagi gerakan Islam yang punca wujudnya ialah syarak, tidak relevan bagi gerakan demokrasi yang punca wujudnya ialah rakyat, iaitu kehendak manusia yang diterjemahkan melalui undi.

d) Gerakan Islam mesti mengekalkan ciri tamaiyuz dalam matlamat, objektif, wasilah dan pendekatannya.  Perbezaan itu bukan pada jubah, tudung, serban dan seumpamanya, seperti sekadar berbezanya perkataan syura dan demokrasi dari sudut ejaannya semata-mata. Tiada lagi tamaiyuz jika gerakan Islam menjadikan peti undi sebagai matlamat, menyamakan nilai orang kafir dengan nilai orang Islam dan sebagainya. Apabila tiada lagi tamaiyuz, jadilah gerakan Islam itu gerakan demokrasi biasa.

Advertisements

3 thoughts on “Wala’ dan Bara’ Dalam Konteks Perjuangan Menegakkan Syariat Islam

  1. Abdul Hanan Abdul Kader

    MEMBERSIHKAN DEMOKRASI DENGAN BERSIH 3.0?

    [SN304] Isu Bersih kembali menghangatkan landskap politik tanahair. Kali ini Bersih 3.0 bergerak dengan slogan “Duduk Bantah”. Setelah segala persiapan dilakukan sejak beberapa minggu yang lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) bersama pakatan pembangkang kini di dalam keadaan sudah bersedia untuk mengadakanhimpunan Bersih 3.0 yang bertujuan untuk menuntut kerajaan mengadakan pilihanraya secara bersih dan adil.Pembangkang masih tidak berpuas hati dengan beberapa perkara berhubung PRU-13 menyebabkan mereka menyokong penuhpenganjuran Bersih 3.0 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada hari Sabtu 28hb April 2012 nanti.

    Menurut Timbalan Presiden PAS, MohamadSabu, tujuan Bersih 3.0 dilancarkan adalah disebabkan banyak lagi tuntutan yang diminta daripada SPR tetapi tidak dipenuhi. Menurut laporan, himpunan Bersih ini akan turut diadakan di beberapa tempat lain di seluruh dunia secara serentak. Pengerusi Bersama Bersih, Datuk A.Samad Said menjangkakan seramai 500,000 rakyat akan menyertai himpunan kali ini. Kesemua pimpinan tertinggi parti pembangkang telah pun mengerahkan ahli-ahli mereka untuk turun menyertai himpunan sebagai tanda sokongan kepada Bersih 3.0. Bukan sekadar mengerahkan ahli parti, malah, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hadir ke perhimpunan Bersih 3.0 adalah wajib kerana ia adalah untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.

    Komitmen yang ditunjukkan oleh parti-parti pembangkang termasuk NGO-NGO serta umat Islam yang akan turut serta di dalam Bersih 3.0 itu memperlihatkan kesungguhan yang tinggi di dalam memperjuangkan demokrasi serta menuntut keadilan dan ketelusan di dalam proses pilihan raya di Malaysia. Mereka nampaknya tidak jemu-jemu untuk menuntut ‘pembersihan’ pilihan raya walaupun sudah banyak kali gagal akibat kezaliman kerajaan sekular yang ada. Ini dari satu sudut. Dari sudut yang lain, umat Islam juga nampaknya tidak jemu-jemu untuk terus berjuang melalui jalan demokrasi-pilihan raya walaupun sudah terbukti sejak dulu hingga kini bahawa jalan demokrasi-pilihan raya tidak pernah dapat menegakkan Islam.

    Melihat kepada perkembangan terkini,rasanya sekali lagi kita dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku dari segi pertembungan antara rakyat (peserta himpunan) dan pemerintah(pasukan keselamatan yang telah ditugaskan menangani Bersih 3.0) dari aspek fizikalnya. Dari aspek pemikiran pula, kita juga bakal menyaksikan pertembungan kedua-dua pihak atas nama memelihara dan mendukung demokrasi. Masing-masing akan menyatakan bahawa tindakan mereka adalah selaras dengan demokrasi atau bersesuaian dengan demokrasi. Inilah “sihir” demokrasi yang berjaya merasuk umat Islam sehingga menjadikan demokrasi (bukan menjadikan Islam) sebagai tolok-ukur “kebenaran” dalam sesuatu tindakan.

    Sekilas Fakta Pilihan Raya Dan Parti Islam

    Jika kita telusuri sejarah beberapa gerakan Islam yang memasuki pilihan raya baik di dalam mahupun di luar negeri, tidak ada fakta yang dapat menafikan bahawa gerakan Islam yang berjuang melalui jalan demokrasi-pilihan raya ini terus tenggelam di dalam kekalahan dan tidak sedikit yang terjerumus dalam kesalahan. Front Islamic Salvation (FIS) di Algeria sebagai contoh, yang dipimpin oleh gabungan ulama dan profesional,telah terlibat di dalam demokrasi dan memperoleh kemenangan besar dalam pilihanraya pusingan pertama pada 26 Disember 1991. Namun pada pilihanraya pusingan kedua pada tahun berikutnya setelah FIS berada di ambang kemenangan, ia akhirnya dibatalkan oleh Menteri Pertahanan Algeria dan telah berlaku rampasan kuasa oleh tentera dengan dukungan dari negara kuffar Perancis.Akhirnya, berapa ramai dari pemimpin dan anggota FIS yang ditangkap, diseksa dan dibunuh dengan kejam. Maka berkuburlah FIS dan Islam gagal ditegakkan.

    Di Palestin, intifada pertama (1987-1993) dan kedua (bermula September 2000) memberi pengaruh yang cukup kuat kepada rakyat Palestin setelah kekecewaan mereka kepada PLO & Fatah (kesan kesepakatan antara PLO, Fatah dan Barat). Apa yang berlaku itu cukup membimbangkan Israel kerana menularnya pengaruh Hamas di Palestin yang boleh menggugat kedudukan Israel. Melalui inisiatif PBB yang mana kita semua tahu bahawa Amerika adalah kuasa sebenar di belakangnya, satu pilihan raya telah dirancang di Palestin yang sebenarnya bertujuan untuk “menghalang” Hamas dari terus melawan Israel di medan jihad.

    Hamas akhirnya berjaya “dijinakkan” oleh AS lalu terjun ke medan pilihan raya sebagaimana dikehendaki oleh AS dan Israel. Hamas menang dengan meraih 76 dari 132 kerusi parlimen (lebih dari 57 peratus), sementara Fatah hanya memenangi 43 kerusi dan parti-parti lain meraih 13 kerusi. Akhirnya, AS dan Israel tidak mengiktiraf kemenangan Hamas, namun dalam masa yang sama Hamas telah berjaya diubah agar cenderung ke jalan perundingan dengan Israel, bukan lagi jihad. Ringkasnya, walaupun Hamas berjaya memerintah di Gaza, namun Islam tetap tidak dapat ditegakkan di bumi Palestin.

    Di Mesir sebelum kejatuhan Mubarak, gerakan Ikhwanul Muslimin telah terlibat di dalam pilihan raya pusingan pertama pada 28 November 2010. Namun, setelah berlakunya penipuan dan gengsterisme terang-terangan dipercayai dilakukan oleh parti pemerintah, Ikhwanul Muslimin lalu memboikot pilihan raya pusingan kedua pada 5 Disember2010. Pasca kejatuhan Mubarak, Ikhwanul Muslimin sekali lagi memasuki pilihan raya dan telah pun memenanginya secara majoriti, namun apa yang jelas, langsung tidak ada tanda-tanda bahawa parti Islam itu mahu menerapkan Islam, sebaliknya pimpinan Ikhwanul Muslimin ternyata memilih untuk berbaik dengan Barat dan lebih cenderung mahu mengekalkan sistem sekular yang sedia ada. Keadaan yang sama terjadi dengan Parti An-Nahdha pimpinan Rasyid al-Ghannushidi Tunisia yang jelas mahu mengekalkan pemerintahan sekular dan telah mengisytiharkan tidak akan menjadikan Islam sebagai dasar negara.

    Di bumi tempat runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah (Turki), Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan RecepTayyipErdogan yang membawa imej Islam telah mula memenangi pilihan raya umum pada tahun 2002 dan pada tahun 2007 kemenangannya meningkat sebanyak 12% kepada 363 daripada 550 kerusi Parlimen. Walaupun membawa imej Islam, namun seluruh dunia tahu akan hubungan erat antara Erdogan dan Barat. Pada 5 Julai 2006, Erdogan memperkenalkan perjanjian Dokumen Persamaan Visi (SharedVisionDocument ) yang ditandatangani di antara kerajaan Turki dan Amerika, yang diwakili Abdullah Gul denganCondoleezza Rice. Persidangan antara kerajaan Turki dengan Jabatan Negara Amerika menyebut, “Kami memiliki nilai-nilai dan perspektif yang sama dalam konteks wawasan regional dan global iaitu mempromosikan demokrasi, kebebasan, dankesejahteraan.”Umum mengetahui bahawa sebaik sahaja dan setiap kali parti AKP menang pilihanraya, Erdogan mengumumkan “akan mempertahankan sistem sekular”di Turki. Sehingga kini, langsung tidak ada tanda-tanda yangErdogan mahu menerapkan Islam, walaupun partinya dipuji oleh banyak parti Islam dari seluruh dunia, termasuk dari Malaysia.

    Keadaan yang sama berlaku di banyak negara kaum Muslimin dan Malaysia tidak terkecuali. Walaupun parti Islam ternyata menang di beberapa buah negeri di Malaysia, namun hakikatnya hukum Allah SWT tetap tidak ditegakkan atas pelbagai alasan. Pendek kata, telah terbukti secara fakta bahawa walaupun parti Islam telah memenangi banyak pilihan raya di seluruh dunia, namun Islam tetap tidak ditegakkan kerana perjuangan mereka masih dalam acuan demokrasi dan mereka masih mahu mengekalkan sistem demokrasi-sekular yang sedia ada. Dengan kata lain, “Islam” tidak pernah menang walaupun “parti Islam” telah beberapa kali menang dalam pilihan raya. Parti Islam yang ada sebenarnya terus berada dalam perangkap kuffar apabila mereka berjuang melalui jalan demokrasi dan pilihan raya kerana jalan ini bukanlah jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

    Bagaimana Seharusnya

    Sistem demokrasi dan pilihan raya yang diperkenalkan Barat ke dunia Islam pasca tumbangnya Daulah Khilafah pada 1924 ternyata telah berjaya menyibukkan parti Islam kepada “perjuangan memenangi pilihan raya”. Parti Islam ternyata menumpukan dan mengerahkan sepenuh kekuatan ke arah memenangi pilihan raya, berbanding tumpuan kepada perjuangan menegakkan Islam itu sendiri. Kemuncak kepada perjuangan adalah empat atau lima tahun sekali di mana pada waktu itulah (waktu pilihan raya), seolah-olah soal hidup dan mati ditentukan. Banyak masa, tenaga dan wang dicurahkan demi mencapai kemenangan di dalam pilihan raya. Pendek kata, segala aktiviti dan perjuangan difokuskan untuk menang pilihan raya.

    Begitulah dengan apa yang bakal kita saksikan nanti, yakni perhimpunan Bersih 3.0 yang juga adalah tidak lepas dari salah satu aktiviti atau perjuangan bagi memastikan “kemenangan” di dalam pilihan raya kerana mereka meyakini bahawa sekiranya perjalanan pilihan raya adalah telus dan adil, maka mereka pasti akan memperoleh kemenangan. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa keterlibatan parti Islam dan para penyokong parti-parti pembangkang di dalam perhimpunan ini, secara jangka pendeknya adalah untuk menuntut pilihan raya berjalan dengan bersih, tetapi matlamat jangka panjang atau matlamat akhirnyaadalah bagi memastikankemenangan di dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

    Sebagai seorang Muslim atau sebagai ahli sebuah gerakan Islam, “Islam” seharusnya menjadi dasar kepada setiap aktiviti, bukannya yang lain. Dengan kata lain, setiap usaha yang dijalankan wajiblah bersandarkan kepada Islam dan tidak boleh lari dari Islam sedikitpun. Islam wajib menjadi tolok-ukur kepada setiap aktiviti/perbuatan yang bermula dari niat hinggalah kepada akhir amalan. Menurut ajaran Islam, niat mesti betul dan perbuatan mesti betul di mana tidak boleh salah satunya sahaja yang betul. Maksudnya, walaupun niat seseorang itu baik di dalam melakukan suatu perbuatan, tetapi perbuatan itu juga hendaklah sesuai dengan kehendak Islam. Jika tidak, maka niat, walaupun baik, akan tetap membawa kepada dosa di dalam melakukan perbuatan tersebut. Contohnya seseorang yang berniat baik ingin berpuasa, tetapi berpuasa pada hari raya, maka perbuatan ini adalah haram, walaupun niatnya baik. Begitu juga dengan orang yang berniat baik untuk membersihkan najis, maka tidak boleh baginya menggunakan air yang juga mengandungi najis.

    Justeru, persoalan yang perlu dijawab di sini ialah, adakah himpunan Bersih 3.0 ini selaras dengan kehendak Islam atau sebaliknya?Sekiranya niat seseorang adalah baik yakni ingin membersihkan pilihan raya yang kotor, maka apakah boleh atau wajib baginya untuk menghadiri perhimpunan ini? Adapun faktor yang menentukan hukum bagi seseorang Muslim untuk terlibat dengan Bersih 3.0boleh dilihat kepada matlamat atau objektif perhimpunan itu sendiri. Kita semua tahu bahawa matlamat perhimpunan tersebut adalah untuk menuntut lapan perkara untuk menjadikan pilihan raya bersih dan adil. Sekiranya kita mengetahui apakah “hukum pilihan raya” di dalam sistem demokrasi, maka kita juga akan mengetahui apakah hukum menuntut pilihan raya bersih di dalam sistem demokrasi.

    Kita memang marah dan tidak bersetuju dengan kezaliman dan segala kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan sekarang dan kita tidak nafikan bahawa hukum melakukan amar makruf nahi mungkar (muhasabah) terhadap pemerintah adalah wajib. Namun, kita mesti faham bahawa apayang dikatakan sebagaiamar makruf nahi mungkaradalah menyeru dan mencegah pemerintah dengan Islam dan Islam semata-mata. Tidak dikatakan amar makruf nahi mungkar sekiranya menyeru dan mencegah pemerintah berdasarkan selain Islam.

    Berdasarkan nas yang jelas, kita dapat buktikan bahawa sistem demokrasi adalah sistem kufur dan pilihan raya di dalam sistem demokrasi tidak bertujuan dan tidak pernah bertujuan untuk mendaulatkan Islam dan bukanlah jalan untuk menegakkan Islam walaupun ada calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya berniat untuk menegakkan Islam. Pilihan raya dalam sistem demokrasi adalah bertujuan untuk memilih wakil ke Parlimen yang mana calon yang menang itu akan menjalankan fungsinya sebagai ahli Parlimen sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan dan undang-undang yang ada. Antara fungsi utama ahli Parlimen dalam sistem demokrasi adalah fungsi tasyri’ (membuat undang-undang) yang diharamkan oleh Allah SWT. Di sinilah letaknya keharaman pilihan raya, kecuali bagi mereka yang terlibat dengannya dapat menghindarkan diri dari segala keharaman yang wujud di dalamnya.

    Oleh yang demikian, umat Islam seharusnya menuntut dan memuhasabah pemerintah untuk menghapuskan sistem demokrasi itu sendiri, yang berasal dari Barat yang haram ke atas umat Islam. Sistem demokrasi itu sendiri yang wajib dibersihkan dari umat Islam kerana ia adalah kotoran yang paling nyata. Selagi adanya demokrasi, selagi itulah umat Islam akan terus dibelenggu keharaman dan kekotoran. Justeru, membersihkan pilihan raya di dalam sistem demokrasi hanyalah umpama membersihkan kotoran untuk dimakan. Walau bagaimana bersih sekalipun ia, sesungguhnya ia tetapkotorandan haram untuk dimakan! Dengan kata lain, tidak ada beza dan tidak ada gunanya sama ada pilihan raya kotor ataupun bersih apabila pilihan raya dan sistem demokrasi itu sendiri sudah tidak memenuhi kehendak syarak.

    Di dalam Islam, pilihan raya diadakan untuk memilih anggota Majlis Umat (Majlis Syura) dan boleh juga diadakan untuk memilih Khalifah. Dalam kedua-dua keadaan, mereka bukanlah orang yang dipilih untuk menjalankan fungsi tasyri’ (membuat undang-undang) keranaKhalifah dipilih untuk melaksanakan Kitabullah dan Sunnah RasulNya manakala Majlis Umat dipilih untuk melakukan proses muhasabah dan memberi pendapat kepada Khalifah dalam hal pemerintahan dan pentadbiran negara. Hal ini berbeza sama sekali dengan pilihan raya di dalam sistem demokrasi.

    Banyak gerakan Islam yang terlibat di dalam demokrasi-pilihan raya masih tidak sedar dan tidak mahu sedar bahawa mereka sebenarnya telah terperangkap di dalam agenda Barat dengan kerangka berfikir demokrasi yang Barat mahukan. Oleh sebab itulah kita menyaksikan bahawa jika gerakan Islam ini menang sekalipun di dalam pilihan raya, mereka tetap meneruskan sistem demokrasi/sekular yang sedia ada. Justeru, memang tiada gunanya membersihkan pilihan raya apabila parti mana sekalipun yang menang, tetap mengekalkan sistem demokrasi warisan penjajah ini.

    Khatimah

    Wahai kaum Muslimin! Kita telah menyaksikan bahawa secara faktanya, pilihanraya memang tidak pernah membawa perubahan daripada sistem kufur kepada sistem Islam, walaupun dengan hanya satu hukum hudud. Umat Islam, baik dari parti sekular mahupun parti Islam telah membuang tenaga dan waktu serta telah membazirkan wang yang begitu banyak semata-mata kerana berebut kekuasaan di pentas demokrasi. Inilah sebenarnya kehendak Barat di dalam memastikan umat Islam terus berpecah dan tidak kembali kepada Islam. Sungguh sayang apabila umat Islam masih tidak sedar bahawa segala kemelut dan kesengsaraan mereka selama ini adalah akibat penerapan sistem demokrasi ke atas mereka.

    Kita telah melihat bagaimana rejim sekular di seluruh dunia yang berkuasa tidak akan sanggup ‘menyerahkan’ kekuasaan mereka dengan begitu mudah melalui sebuah pilihan raya yang bersih dan adil. Malah mereka sanggupmelakukan apa sahaja tindakan keji demi memastikan mereka terus kekal berkuasa, bermula dari penipuan, rasuah, ugutan, pergaduhan sampailah ke tahap pembunuhan. Justeru, masihkah kalian berharap bahawa jalan demokrasi-pilihan raya ini adalah satu-satunya jalan yang terbaik untuk kalian melakukan perubahan, walhal telah terbukti sudah berapa kali kalian tersungkur. Rasulullah SAW bersabda,

    “Tidak selayaknya seorang Mukmin itu dipatuk dari lubang yang sama dua kali” [HRBukhari& Muslim].

    Kita memang sudah tidak mahukan pemerintahan yang sedia ada kerana tidak berhukum dengan Islam, namun kita mahu menolak dan menggantikan mereka dengan jalan Islam yang telah diajar oleh Rasulullah SAW danbukannya dengan jalan demokrasi yang diajar oleh Barat.

    HTM

  2. nashrulhadi

    salam ustaz…mohon penjelasan …saya terus kepada point yg jelas la…dalam landskap politik malaysia sekarang mmg x dinafikan yg PAS mmg bekerjasama dgn DAP yg mana kita tahu DAP tu ialah kafir…tp adakah itu dipanggil wala kepada DAP??? PAS cuma bekerjasa dengan DAP kerana mereka mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menumbangkan kezaliman yg dilakukan kerajaan sedia ada…dan saya xnmpk PAS wala @ patuh kepada dasar DAP sepenuhnya kerana PAS masih lg mengekalkan dasar parti iaitu al-quran dan as sunnah…PAS cuma bersetuju pada perkara yg disepakati sahaja spt memerangi rasuah dan sbgnya…dan bagi saya DAP bukanlah kafir harbi yg menentang Islam dgn sekeras2nya…jadi adakah haram bg kita utk bekerjasama dgn org kafir w/pon mereka kafir zimmi?

    satu lagi mmg betul sekarang ini kita lihat PAS menyertai politik yg menggunakan platfom demokrasi utk meraih undi rakyat ( yg mana mmg tidak pernah wujud dlm Islam). tapi adakah realistik bg kita skrg ini utk melaksanakan politik Islam di Malaysia sekarang ini krn spt yg kita tahu pemerintah skrg ini menggunakan sistem sekular dlm pemerintahan…sy xnmpak ada jalan lain yg boleh diambil PAS melainkan dgn menyertai politik yg sedia ada utk memerintah negara (w/pon bkn cara Islam)…dan di Mesir pon kalau x silap saya Ikhwanul Muslimin juga menyertai politik kerana perlembagaan negara mereka yg menurut sistem barat.

    jadi saya mohon la penjelasan dari ustaz sendiri ataupon siapa2 sahaja untuk menjawab persoalan sy ini kerana sy rasa tindakan yang PAS ambil sekarang ini adalah bersesuaian dengan situasi negara kita pada masa kini, yg mana kita skrg ini berhadapan dgn byk fitnah dunia dan juga golongan2 yg jahil sbg pemerintah…kita bukan lagi berada pada zaman spt khilafah islamiyyah yg mana pemimpin pada waktu itu akan merujuk ulama sekiranya ada masalah…tapi kita berdepan dgn golongan yg mengikut telunjuk dari barat sepenuhnya…jadi sy rasa perlunya kepada satu kumpulan @ jemaah untuk bangkit menentang kezaliman secara berdepan dgn kezaliman tersebut, bukan lg dgn cara menasihati krn ianya mustahil pada pandangan sy untuk pemimpin pd masa skrg ini mendengar nasihat dari alim ulama…

    wallahua’lam…moge2 dapat respond dr ustaz ataupon sesiapa shj, dan sy pohon maaf la kalu statement sy tu ada yg tidak betul kerana sy bukan la ahli dlm bidang ini, sekarang pemerhati dari luar…

    Assalamualaikum WBT

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s