HIMPUN dan Gila Politik

Standard

Selepas HIMPUN berlalu, saya baca banyak komen mengenainya. Ada yang jujur memuji dan ada yang jujur menyindir. Kepada yang memuji saya ingin katakan bahawa HIMPUN hanya satu permulaan. Banyak lagi langkah yang perlu diusahakan bagi menyelamatkan jatidiri umat daripada terus dicairkan dan dileburkan oleh arus liberal. Segala usaha itu memerlukan komitmen semua. Harapan saya ialah semoga anda tidak hanya jujur memuji, malah jujur dalam berjanji dan sanggup berjuang bersama sehingga ke penghujung nyawa. Jangan menghilangkan diri di pertengahan jalan.

Kepada yang menyindir, “tahniah” saya ucapkan kerana anda terpilih dalam kelompok ramai yang membentuk fenomena “pasukan sorak”. Macam-macam bunyi boleh didengar. Entah apa-apa. Walaupun tiada kelayakan tertentu untuk direkrut jadi “pasukan sorak”, tidak perlu ijazah dan sebagainya, tidak semua orang yang pandai bersorak, sama ada untuk menaikkan semangat pasukan sendiri mahupun melemahkan semangat pasukan lawan. Begitupun, pemain-pemain dipesan supaya mempunyai ketahanan mental yang tinggi, kerana perlawanan sebenarnya di dalam gelanggang, bukan di belakang garisan gol. Anda mesti kenal siapa lawan anda yang sebenarnya. Jangan hiraukan lolongan orang-orang di tepian itu. Biarkan saja mereka dengan kenakalan mereka yang melucukan.

Bagaimanapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada para pemimpin di luar sana agar didiklah sikit anak-anak buah agar bersopan dalam berkata-kata dan memberi komen dalam media alternatif. Membiarkan mereka melemparkan kata-kata kesat, kasar dan kerap juga lucah hanya merendahkan martabat organisasi yang mereka sokong. Tetapi nilai itu hanya pada pandangan orang yang bermaruah sahaja. Orang yang tidak bermaruah, tidak kisah.

Pandangan yang menyeluruh terhadap sesuatu permasalahan dan kekal mengambil kira pandangan keseluruhan itu ketika menangani sesuatu isu adalah amat penting.

Kita semua bukan seperti orang buta yang mahu mengenal rupa bentuk gajah. Tetapi sayangnya apabila tiba masa beraksi, kita seolah-olah menyimpulkan bahawa gajah hanya berbentuk seperti sebatang tiang sahaja. Kalau ada orang yang mengatakan gajah seperti dinding, maka kita melenting mengatakan tidak betul. Sedangkan kita semua celik dan tahu rupa bentuk gajah yang sebenarnya. Pelik, tapi benar.

Ramai orang tahu bahawa permasalahan umat Islam hari ini terlalu banyak, bercabang-cabang, meliputi soal politik, ekonomi, pendidikan, undang-undang, sosial, kejiwaan, kekeluargaan dan lain-lain. Selain penyakit-penyakit itu, umat Islam juga mengalami serangan pemikiran dari luar (Barat) dan dari dalam akibat kejahilan yang melata tentang hakikat agama ini. Merawat salah satu fenomena penyakit ini dan melawan salah satu serangan itu, tidak mencukupi. Ini pandangan secara menyeluruh.

Tetapi yang menyedihkan kebanyakan pemimpin umat Islam di negara kita, dan diikuti oleh pengikut-pengikut mereka, beraksi tidak menurut pandangan yang menyeluruh itu. Setiap isu, setiap insan, setiap pihak, bahkan warna sekalipun, mesti dikategorikan sama ada bersama ataupun menentang. Antara dua itu saja. Ramai juga yang terpengaruh dengan logik George W. Bush. Jadilah macam orang-orang buta yang bertelagah mengenai rupa bentuk gajah. Sedangkan semuanya betul belaka.

Pemikiran sempit ini sudah sampai ke tahap yang berbahaya. Mereka menganggap perjuangan ini ibarat sebuah perlawanan bola dalam gelanggang dengan ditontoni ribuan penyokong. Dalam minda penyokong dan pemain hanya ada satu istilah; kalahkan, kalahkan, kalahkan. Kalau kita kalah lagi, kita akan lawan semula, sampai menang. Kalau kita menang nanti, mereka pula akan berusaha mengalahkan kita. Begitulah adat permainan. Sudah jadi macam perseteruan antara Manchester United dengan Manchester City pula. Kalau orang England gila bola, orang Melayu kita gila politik. Adakah jika orang England dikatakan agamanya ialah bola, maka kita mahu dikatakan agama kita ialah politik? Mohon perlindungan Allah.

Advertisements

6 thoughts on “HIMPUN dan Gila Politik

  1. srikandi

    Assalamualaikum.

    Ana setuju ustaz.
    Itulah gayanya bila orang beriman dengan politik, bukan beriman dengan Allah.
    Cakap lah apa-apa pun, mesti nak dikaitkan dengan politik. Pastu sibuk nak debat entah apa-apa entah.

    • ustazhazizi

      Yang penting, kita punya hala tuju yang jelas dan agenda yang menyeluruh, sedang berjalan lancar. Hari ini ISMA sudah dikenali ramai, maka semakin ramailah kawan tanpa dinafikan ramai juga yang tidak senang. Orang yang berkesan ialah orang yang yang sentiasa proaktif dan positif walaupun cuaca di luar mendung dan tidak menentu.

  2. Akmal Amru

    Oh, jadi HIMPUN ni gagal sebab politik lah ye?

    Bukan disebabkan oleh kegagalan untuk membuktikan bahawa 250000 orang Islam telah murtad?

    Bukan disebabkan oleh sentimen semangat semata-mata tanpa gagal untuk menampilkan fakta yang kukuh?

    Bukan disebabkan oleh sokongan PEKIDA, PERKASA dan juga konco-konconya?

    Bukan disebabkan terlalu fanatik dengan Melayu sehingga semangat Melayu lebih tinggi dari Islam?

    Bukan disebabkan tiada hala tuju yang jelas ke mana arah tuju selepas HIMPUN?

      • srikandi

        Berjaya lah Akmal Amru. =)
        Berjaya menggetarkan hati peserta-peserta HIMPUN dengan laungan Allahu Akbar.
        Berjaya menanamkan semangat menentang gerakan kristianisasi dan murtad di kalangan peserta.
        Berjaya menyatukan hati orang Islam yang sayangkan akidah dan agama Islam.
        ‘Orang-orang politik’ kot yang melihat HIMPUN ini gagal. Pada kami HIMPUN ini HEBAT.
        Bukan nak kata Allah tak tengok hasil, tapi Allah lebih tengok usaha.
        Takat mana kita berusaha nak pertahankan agama yang rasanya sekarang macam dadu, dibaling dilontar ke sana ke mari.

        Moga Allah menghitung setiap ‘usaha kecil’ ini.

  3. Allahu Akbar… HIMPUN berjaya membuka mata-mata yang tertutup, HIMPUN juga berjaya mengejutkan mereka yang lena tidur, HIMPUN juga mampu menyedarkan mereka yang lalai… walaupun tidak mencapai jutaan yang hadir… namun lihatlah kesannya nnti.. ALLAHU AKBAR

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s