Antara Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia

Standard

Dalam konteks tarbiyah dalam jamaah Islam, saya perhatikan ramai yang keliru ketika mahu menghubungkan tarbiyah dengan ilmu pendidikan. Bagaimana pula dengan ilmu Pembangunan Sumber Manusia?

Dalam kesempatan yang terbatas ini, saya ingin mengulas perkara ini secara ringkas. Kalau ada masa lain kali akan diperkemaskan lagi.

Pada pandangan saya, tarbiyah dalam jamaah Islam lebih dekat dengan Pembangunan Sumber Manusia (PSM atau biasa disebut HRD), dari sudut aplikasi. Dari sudut disiplin ilmu, memang asasnya ialah ilmu pendidikan.

Mengenai PSM, ia berhubung kait dengan dua bidang; bidang pendidikan sebagai asas disiplin ilmunya, dan bidang pengurusan sumber manusia dari sudut penggunaannya.

Pendidikan pula adalah bidang yang sangat luas. Kebanyakan guru lebih mahir dalam bidang pendidikan di sekolah yang tidak sama dengan pendidikan dalam konteks organisasi. Pendidikan dalam konteks organisasi adalah ruang jajahan ilmu PSM.

Dari sudut aplikasi, pendidikan di sekolah tidak berorientasikan aplikasi segera, kerana pelajar masih di bangku sekolah, begitu juga dengan universiti. Banyak ilmu yang diajar tidak berkaitan SECARA LANGSUNG dengan realiti pekerjaan/kehidupan. Itu sebab sekarang sudah banyak universiti buat transformasi menjadikan mereka lebih berorientasikan industri atau berdasarkan keperluan pekerjaan kerana pendidikan mereka selama ini tidak melahirkan pekerja mahir.

Hakikat ini mungkin boleh menjawab mengapa tarbiyah yang menggunakan puluhan kitab tidak berjaya mengeluarkan pemidato, penulis dan seumpamanya. Kita tidak boleh guna stail pembelajaran di sekolah untuk organisasi. Jika tidak, maka kita akan berdepan dengan fenomena ahli yang mantap pengetahuan asasnya, kuat keimanannya, mantap ketaatannya, tetapi tiada kemahiran dan keberanian untuk tampil di gelanggang umum. Sama macam fenomena pelajar universiti yang dapat gred tinggi, tapi kecundang apabila masuk industri.

PSM tidak begitu. PSM memang ditugaskan untuk mengenal pasti keperluan latihan/pembelajaran anggota-anggota dalam sesebuah organisasi (tak kira for profit mahupun non profit) demi mencapai objektif organisasi. Oleh sebab itu saya lebih cenderung menghubungkan tarbiyah dalam jamaah Islam dengan PSM.

Jika PSM lebih menumpu pada membangunkan pengetahuan, kemahiran dan sikap anggota sesebuah organisasi for profit, PSM bagi organisasi non profit, terutamanya jamaah Islam, DITAMBAH dengan satu lagi tugas, iaitu mendapatkan komitmen ahli pada agenda organisasi dan memastikan ia sentiasa subur melalui proses pembelajaran yang berterusan. Ini kerana jamaah Islam tidak membayar gaji/upah kepada anggotanya. Bahkan mereka yang berkorban mengeluarkan wang untuk jamaah. Bagi syarikat mudah saja, mereka bayar untuk dapatkan komitmen.

Itulah, sekadar yang sempat ditulis.

Advertisements

2 thoughts on “Antara Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia

  1. pedangpen

    agaknya, nanti akan ada bengkel atau training wajib untuk ahli khusus. macam kelas penulisan, perbahasan, persembahan (bagi mereka yang tak pandai jadi naqibah tapi ada bakat lain)

    kalau ada company traning senang sikit, 2 bulan training after that, disediakan medan untuk cuba2. (macam industrial training pulak)

    wallahu’alam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s