Ikhwan Untuk Semua – Bah 2

Standard

Oleh: Muhammad Ahmad ar-Rasyid

Kami tidak mengatakan al-Imam Hasan al-Banna maksum. Kami juga tidak bermaksud bahawa struktur tanzim, manhaj tarbiyah dan pemikiran dakwah yang dimulakan oleh al-Imam dan dikembangkan oleh pengganti beliau merupakan perancangan terakhir dan penutup kefahaman. Sebaliknya, kami percaya perlunya pengembangan dan tidak memandang struktur tanzim sebagai kudus. Tetapi, setelah umur meningkat, pengalaman di medan semakin mendalam, kami panjangkan renungan, timbangkan hasil-hasil dan menjelajah ke negara Arab dan Ajam, kami dapati bahawa apa yang dibuat oleh al-Imam al-Banna tidak hanya lahir daripada ijtihad dan kefahaman jitu tentang dimensi serta kesyumulan dakwah, juga bagaimana cara untuk membina dan menyebarkannya, semata-mata. Bahkan ia lahir daripada ilham rabbani yang menunjukkan jalan yang betul.

Oleh sebab itu beliau menghimpunkan antara orang intelek dan sibuta huruf, muda dan tua, orang bandar dan orang kampung, pemberani dan pengecut, cerdik dan lembab, kuat dan lemah, kaya dan miskin, berdedikasi dan berkepentingan, lelaki dan perempuan, tergabung dalam satu jamaah yang berusaha mempersembahkan model Islam semampu mungkin, serentak teori dan amali. Semua itu berlaku secara terbuka mempromosi diri, kecuali ketika dikekang tuntutan darurat fasa permulaan dan pengasasan awal, atau ketika suasana ancaman ketegangan yang jarang berlaku.

Amal dakwah, yang syumul dan lengkap, mempunyai banyak bahagian, jenis dan terma, yang mana lebih separuh daripadanya merupakan perkara teknikal yang tidak memerlukan kecerdikan, ketahanan dan kekuatan luar biasa. Ia boleh saja dilaksanakan oleh para pendakwah yang naif, mungkin, dengan spontan dan mudah, dipimpin oleh keringkasan iman fitrah, tetapi pekerjaan itu tetap mempunyai nilai ihsan, itqan dan berkualiti. Pekerjaan itu tidak semestinya mudah bagi seseorang yang bijak lagi kuat dan berani untuk berbuat begitu. Bahkan kemungkinan kelompok pendakwah elit sendiri tidak mampu melakukannya, kerana mereka tidak dicipta untuk itu.

Menyambut ketibaan Syeikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid ke Majlis Terbuka dan Ramah Mesra Presiden dan JKP ISMA, 9 Okt 2010

Setiap peribadi yang terbatas kemampuannya, ada tempatnya. Pada dinding dakwah ini ada bata yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga, besi dan kaca. Bata emas akan cair kerana kepanasan melampau walaupun ia lebih berat daripada besi empat kali ganda. Besi yang keras pula tiada kilauan dan tidak cantik. Seni-seni tertegak di atas aliran kesamaan dan kepelbagaian warna itu. Begitulah kehidupan tertegak atas perhimpunan pelbagai darjat manusia.

Di dalam jamaah seharusnya berbaris petani di samping doktor, buruh di sebelah jurutera, pelajar dengan guru, wanita di belakang lelaki, sibijak di depan yang kurang bijak, sipemberani berjabat tangan dengan orang yang ragu-ragu, yang kuat mendorong yang lemah, yang cepat menarik yang lembab, kerana semuanya dipermudahkan mengikut tujuan ciptaannya. Tetapi hakikat-hakikat semudah ini kadang-kadang tidak disedari dan orang-orang yang bijaksana terpinga-pinga berdepan dengan rahsia kejadian qadar rabbani dan puncanya. Dalam sejarah kita dan sejarah Islam secara umum terdapat kisah-kisah mengagumkan dan peristiwa-peristiwa pelik yang menyingkap keindahan pembahagian qadar dan peranan. Dalam kisah-kisah itu (difahami) terdapat larangan agar tidak memandang sepi penyertaan orang yang kusut masai berkain buruk serta mengalu-alukan orang yang hanya kenal dua huruf.

Tentang bicara lalu, yang menitik beratkan penyertaan peribadi yang kuat lagi cerdik, di dalam Muntalaq atau al-Masar atau dalam buku ini, ia merupakan kelebihan yang tidak dipersoalkan dan difahami dengan sebaiknya, atau ia adalah wasiat fasa pengasasan, kerana terdapat dalam fasa tersebut situasi yang kritikal. Manakala selepas fasa itu, pintu dakwah sentiasa terbuka bagi sesiapa yang datang dengan keikhlasan. Berapa ramai pendakwah yang berada dalam saf paling akhir, yang mana kalau dia tidak hadir tiada siapa yang akan bertanya, telah mencoret kisah-kisah keberanian. Apabila niat ikhlas, amalan akan diberkati. Huruf-huruf daripada kitab iman, qadar dan keberkatan ini tidak dikenali selain orang yang tenggelam dalam kolam; kolam pengorbanan dakwah.

Advertisements

6 thoughts on “Ikhwan Untuk Semua – Bah 2

  1. pedangpen

    jazakallah ustaz, saya terpinga-pinga bagaimana nak berdakwah kepada masyarakat bukan pelajar (gol intelek) di kawasan saya, saya pula bukanlah ustazah kalau nak buat kuliah dekat masjid rumah saya. bagaimanakah ustaz?

    • ustazhazizi

      sebelum berdakwah, fikirkan bagaimana nak bina reputasi? sebelum ada reputasi, fikirkan bagaimana nak dikenali oleh penduduk setempat? Semoga berjaya.

  2. JazakAllah khairan jazak ya akhi

    Benarlah, perlu memahami situasi semasa. Itu fiqh dakwah yang kurang mendapat perhatian oleh para du’at muda (macam saya).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s