Perangi Zina Demi Atasi Gejala Buang Bayi

Standard

Apakah yang akan anda lakukan jika atap rumah tiris? Mungkin langkah segera ialah sediakan bekas untuk menadah air hujan yang menitis. Tapi untuk jangka panjang, anda perlu baiki atap rumah itu, kerana di situ letaknya punca kejadian. Kebiasaannya, atap yang ditampal juga tidak tahan lama. Tukar atap baru, barulah selesai masalah.

Kita jumpa ramai orang buang anak seperti kita jumpa banyak lubang tiris. Lalu kita kelam kabut mencari bekas untuk ditadah, seperti “Baby Hatch”, sekolah hamil dan sebagainya. Adakah langkah sebegitu perlu? Jawapannya ya. Tapi adakah ia menyelesaikan masalah? Jawapannya sudah tentu tidak.

Buang anak adalah akibat zina, kerana orang yang hamil secara halal tidak akan membuang anaknya. Manakala zina itu sendiri adalah akibat perbuatan lain, iaitu pergaulan bebas.  Seterusnya kita mesti mencari jawapan apakah punca kepada pergaulan bebas dan faktor-faktor penyuburnya? Jangan terkejut jika kita dapati pihak yang kelam kabut cari “bekas tadahan” tadi juga ada “saham” menyubur pergaulan bebas.

Mengenakan tuduhan membunuh ke atas sipembuang bayi merupakan langkah kerajaan untuk membendung gejala buang bayi. Tetapi langkah tegas itu masih berada dalam lingkungan merawat, bukan mencegah, atau dengan perumpamaan tadi ia masih berlegar dalam mencari bekas terbaik untuk menadah air hujan yang tiris.

Bagaimana dengan gejala zina yang menjadi punca kepada gejala buang anak? Mengapa perkara ini tidak sampai ke tahap menjadi agenda khusus kabinet untuk mencari jalan penyelesaian segera seperti mereka membincangkan gejala buang anak?

Sebabnya ialah semua sepakat memandang kotor gejala buang anak, tapi tidak sepakat memandang jijik gejala zina. Buktinya jelas apabila ada pemimpin yang mengaku berzina pun masih diterima sebagai pemimpin hingga ke hari ini. Gerakan yang anti undang-undang Islam pun masih dibiarkan bebas meracuni pemikiran masyarakat.

Tidak sepakat memandang jijik zina adalah hasil serangan pemikiran barat. Anggapan bahawa perbuatan zina adalah isu peribadi individu terbabit memang cedokan tulen pemikiran barat. Pemimpin politik tidak berani menyerang cara fikir asing ini kerana perkiraan untung rugi politik, selain ia telah berleluasa di kalangan pemimpin, rakan dan ahli keluarga sendiri.

Penyelesaian hakiki bagi masalah ini ialah dengan mentarbiyah generasi muda. Mendidik dan membina generasi muda yang baru dan suci lebih baik daripada membaiki dan merawat yang telah rosak, walaupun kedua-duanya perlu. Kalau atap bocor, kita tampal, tapi seeloknya kita tukar dengan atap yang lain.

Itulah rahsia di sebalik pemilihan “Membina Generasi  Harapan” sebagai motto ISMA. Ia menggambarkan usaha-usaha gigih mendidik generasi muda, remaja dan belia, melalui pelbagai aktiviti bina insan, agar mereka memiliki keperibadian Islam sejati dan kembali kepada pemikiran Islam tulen.

Di samping itu kita juga meyakini bahawa penguatkuasaan undang-undang Islam berkaitan zina juga adalah termasuk dalam langkah mendidik umat. Ini kerana undang-undang Allah itu bersifat mendidik dan mencegah. Bagaimanapun sekali lagi kita akan berdepan dengan gejala keracunan pemikiran Barat apabila rata-rata pemimpin kita malu kepada orang Barat apabila ditayangkan hukuman rotan seratus kali atau rejam sampai mati sebagai kuno dan tidak bertamadun.

Sesungguhnya racun pemikiran barat ini hanya boleh dilawan dengan usaha melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran Islam sejati. Barat telah menanam pemikiran mereka melalui pendidikan merentasi era penjajahan, pasca penjajahan dan pasca moden. Serangan melalui pendidikan ini mesti dihadapi dengan serangan pendidikan juga. Benarlah kata as-Syahid Hasan al-Banna,

“إن معركتنا معركة تربوية”

“Sesungguhnya pertempuran kita adalah pertempuran pendidikan”.

Advertisements

3 thoughts on “Perangi Zina Demi Atasi Gejala Buang Bayi

  1. sama ada masyarakat kita tak perasan cara penyelesaian yang ust cadangkan, atau mereka buat-buat tak perasan disebabkan kepentingan lain.

    Apapun, saya nak tanya Ust Hazizi; Apakah cadangan kerajaan negeri Melaka itu sstu yang ‘menuju ke arah bagus’?

    Terima kasih. ^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s