Antara Berlapang Dada Dan Kenangan Sejarah Silam

Standard

Baru-baru ini negara kita menyaksikan pelancaran sebuah NGO yang baru iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) yang disempurnakan oleh Presidennya, Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad.

Pertubuhan ini menaungi lima organisasi lain iaitu Medical Interest Group Sdn Bhd (MIGSB), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH) dan Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS) dan Aqsa Syarif Berhad.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, IKRAM bersedia mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam, sesuai dengan moto IKRAM, ‘Ukhuwah Teras Kegemilangan’.

Bagaimanapun, motto yang murni bunyinya itu telah disambut secara sinis oleh Prof. Dr. Badlihisham Mohd Nasir dalam artikelnya yang disiarkan melalui ruangan Pendapat dan Analisis dalam Harakahdaily.

Dalam artikelnya itu, beliau menjadikan pengalaman pahit PAS dan ABIM  dengan IRC sebagai asas kebimbangan bahawa IKRAM akan menjadi saingan PAS, lalu melemahkan gerakan Islam di tanahair secara umumnya.

Beliau mungkin mempunyai fakta-fakta untuk berkata demikian, tetapi malangnya tidak kita jumpai dalam artikel tersebut secara jelas atau memang beliau tidak boleh menjelaskannya kepada umum kerana terlalu pahit untuk ditelan, lalu kotak fikiran enggan untuk mengingati perinciannya.

Beliau juga membuat kenyataan semberono mengatakan IKRAM menaungi Haluan dan ISMA. Kurang berhati-hati nampaknya professor ini dalam membuat kenyataan.

Kita melihat bahawa sikap bekerjasama dalam perkara yang disepakati dan berlapang dada dalam perkara yang diperselisihkan serta menunjukkan kematangan dalam menangani isu-isu perbezaan pendapat bukan lagi untuk dimainkan dengan kata-kata.

Ia mesti dibuktikan, oleh semua pihak. Sekarang zaman buat kerja, bukan zaman cakap dan dakwa kami begitu dan begini dan orang itu begitu dan begini.

Sejarah sememangnya mengandungi kenangan pahit manis yang sukar dilupakan. Setiap individu, pertubuhan, syarikat perniagaan malah negara di dunia ini pernah melalui pengalaman sebegitu.

Tiada yang terkecuali. Masing-masing pernah bersahabat dengan orang itu dan orang ini. Kalau manis pengalamannya maka hubungan berkekalan, lagi jauh lagi dikenang. Kalau pahit, tengok muka pun tak lalu. Tapi tidak pula sampai salam tidak dijawab.

Tetapi kita hendaklah sentiasa bersikap positif dan proaktif menumpukan perhatian kepada usaha memenuhi tuntutan dakwah masyarakat yang terlalu banyak dan berat. Kerja lebih banyak daripada waktu yang ada.

Luka berdarah itu boleh saja sembuh dengan berlalunya masa, asal saja segelintir yang asyik menebar fitnah, mengadu domba dan menghasut, terutamanya dalam forum-forum tertutup, tidak meneruskan tabiat buruk mereka dan berhenti serta merta.

Semua orang sibuk bekerja, mereka tidak ada kerjakah?

Advertisements

4 thoughts on “Antara Berlapang Dada Dan Kenangan Sejarah Silam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s