Halus Dalam Mencapai Kehendak

Standard

Maksud ayat ke 100 daripada Surah Yusuf:
“Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: “Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika ia mengeluarkan daku dari penjara, dan ia membawa kamu ke mari dari desa sesudah syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbir-Nya bagi apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Ayat ini antara beberapa ayat di hujung Surah Yusuf. Ia menggambarkan suasana setelah berlakunya pertemuan dan perhimpunan semula keluarga Nabi Yusuf, bersama Nabi Yaakub dan anak-anaknya, selepas berlalunya pelbagai peristiwa suka duka yang menyelubungi Nabi Yusuf.

Yang menarik perhatian saya dalam ayat ini ialah firman Allah melalui lisan Nabi Yusuf:

إن الله لطيف لما يشاء
“Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbir-Nya bagi apa yang dikehendaki-Nya”.

Tempoh masa antara peristiwa Nabi Yusuf bermimpi lalu menceritakan mimpinya itu kepada Nabi Yaakub dan peristiwa ketika mereka bertemu semula adalah satu tempoh masa yang lama.

Terdapat pelbagai pendapat mengenai tempoh masa ini di dalam kitab Tafsir Ibnu Kathir. Muhammad bin Ishaq berpendapat tempohnya 18 tahun, manakala Qatadah pula mengatakan 35 tahun. Ada pendapat mengatakan 83 tahun, dan sebagainya.

Sesungguhnya Allah Taala amat berkuasa untuk menjadikan keadaan akhir pertemuan keluarga Nabi Yusuf itu dalam sekelip mata sahaja, tanpa perlu Nabi Yusuf melalui pengalaman dicampakkan ke dalam perigi, dijual, digoda oleh Zulikha, dipenjara, dilantik menjadi menteri, berjumpa dengan adik beradik yang lain dulu sebelum mencari helah untuk mendapatkan Bunyamin dan sebagainya.

Tetapi Allah Taala tidak melakukannya (sekelip mata atau lebih pantas) kerana Allah itu bersifat “Latif” dalam kehendak-Nya. Setiap insiden dan peristiwa yang dilalui oleh Nabi Yusuf dan keluarganya itu adalah dengan kehendak Allah dan mempunyai hikmahnya tersendiri. Allah Taala merangka, merancang dan melaksanakan setiap peristiwa dan insiden itu sehinggalah membawa kepada kesudahan cerita.

Sifat “Latif” ini seharusnya kita hayati ketika kita mengejar cita-cita dan kehendak. Manusia memang sifatnya tergesa-gesa seperti yang disebut dalam Surah Israk ayat 11. Kita mahu cepat dapat hasil, sehingga selalunya tidak mampu sabar dengan pelbagai dugaan, seperti kerenah anggota kerja sepasukan. Jika terlalu melayan dan merai sehingga tak tercapai hasil pun tidak kena juga. Di sinilah letaknya rahsia sedikitnya bilangan pemimpin berbanding pengikut. Sifat “Latif” satu ramuan yang wajib ada pada setiap muslim.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s