Mursyidul Am Kelapan Ikhwan Muslimin

Standard

Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Muhammad Mahdi Akef hari ini mengumumkan perlantikan Mursyidul Am yang baru bagi gerakan Islam terbesar di dunia itu. Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Sami, 67, Mursyidul Am yang kelapan merupakan seorang pakar perubatan veterinar dan kini bertugas sebagai professor di Universiti Beni Suef. Beliau merupakan anggota Maktab Irsyad sejak tahun 1996 dan menganggotai Maktab Irsyad Antarabangsa sejak 2007. Beliau pernah di penjara beberapa kali termasuk pada tahun 1965, yang mana beliau dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun bersama as-Syahid Syed Qutb. Keilmuan dan kepakaran beliau mendapat pengiktirafan sehingga termasuk dalam 100 orang teratas dalam senarai pakar Arab yang dikeluarkan oleh Lembaga Informasi Mesir tahun 1999.

Ketika mengumumkan perlantikan itu dalam satu sidang akhbar yang dihadiri oleh wartawan tempatan dan antarabangsa, Muhammad Mahdi Akef menegaskan bahawa Ikhwan mempunyai agenda islah yang jelas dan sentiasa melakukan penilaian terhadap manhaj, peraturan kerja dan pendiriannya, serta melakukan inovasi agar sentiasa bersesuaian dengan situasi dan pemikiran semasa. Keanjalan itu sama sekali tidak bertentangan dengan unsur tetap dan prinsip yang mereka imani selama ini. Ikhwan Muslimin tetap yakin bahawa mereka berada di atas landasan yang betul selama mana mereka bersikap terbuka menerima nasihat.

Dr. Muhammad Badi' mencium kepala Ustaz Muhammad Mahdi Akef

Dr Muhammad Badi’ pula menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin tidak pernah menjadi musuh kepada mana-mana pemerintah, walaupun ada sebahagian pemerintah yang bertindak keras dengan merampas harta, mata pencarian dan menangkap anggota-anggota Ikhwan. Bagaimanapun Ikhwan tidak teragak-agak untuk mendedahkan segala unsur korupsi yang berlaku dalam segenap lapangan dan tidak bertangguh untuk memberi nasihat dan cadangan demi mengeluarkan negara dari belenggu kemelut yang melanda. Ikhwan Muslimin komited dalam mendidik generasi muda dengan akhlak mulia, pekerti yang tinggi dan sikap suka membantu orang lain, dan kesemua usaha mulia itu tidak lain tidak bukan mendatangkan faedah demi kepentingan watan, rakyat dan negara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s