Ulamak Yang Lena

Standard

Umatku sudah berpencak
Dengus amarah sengketa lama
Dendam kian membuak
Mahu dimuntah
Segala isi busuk di hati

Keris sudah terhunus
Ditusuk-tusuk tidak berhenti
Dibiarkan terlajak
Menikam sanubari
Sampai kekal tidak dilupakan
Walau dimaafi

Tukang sorak gamat
Hati hanyir bermuka talam
Lapik niat dengan logika, tapi
Kaki injak maruah suci
Kalau berderai darah di bumi
Hilai syaitan ditumpang sekaki

Tanganku menggigil
Mahu diapakan, terpinga
Keris tersisip, dikuis-kuis
Terlalu kecil
Mahu berpencak
Tapi takut tak sudah

Mana hulubalangku?!
Di mana kalian, kenapa lambat?!
Hunuskan kata pemutusmu
Mendiamkan lidah bercabang
Tuturkan tikaman lidahmu
Agar menginsafkan
Tutup gelanggang mungkar itu

Wahai hulubalangku
Kerisku hanya panjang sejengkal
Tapi sabarku kian tipis
Maka kutusuk keris kerdil tidak berangkap ini
Ke rusuk lenamu yang panjang
Harap kau mati tegak
Dalam kemuliaan

Advertisements

5 thoughts on “Ulamak Yang Lena

  1. Salam.. mintak izin copy di blog ana.. Almaklum ana belajar di mesir penuh dengan komuniti ustaz2. Kalau ana modifi jadi Ustaz2 yang lena lagi pedas rasanya.. Apatah lagi sekarang ini musim sejuk..

    Salam Perkenalan~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s