Isu Penahanan Dr Asri

Standard

Isu penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah mendapat liputan sangat luar biasa. Dalam satu malam, populariti Dr Asri melambung tinggi melangit. Berita mengenainya menjadi berita utama muka depan hampir semua akhbar dalam negara. Pemimpin UMNO dan PAS membuat kenyataan hampir sama dan senada, menyebelahi ulamak yang malang tetapi bertuah itu. Malang kerana ditangkap, tetapi bertuah kerana namanya meletup. Inilah yang dimaksudkan oleh mereka yang bekerja dalam bidang kewartawan sebagai benar-benar berita. “Bekas mufti ditahan kerana mengajar agama tanpa tauliah”. Lebih kurang berita “Orang gigit anjing” bunyinya. Bagaimanapun saya percaya, kalau berita orang gigit anjing pun tidak akan meletup sebegitu rupa. Jadi sudah tentu ada banyak perkara yang berlaku sebenarnya, di sebalik berita yang dilaporkan.

Khalayak yang memantau pemikiran dan pendirian Dr MAZA sudah tentu mengetahui betapa beliau sentiasa diintai dan diminati oleh dua parti terbesar orang Melayu, PAS dan UMNO. Ini terbukti dengan tawaran yang dikemukakan oleh kerajaan pusat kepada Dr MAZA untuk menjadi Yang Dipertua YADIM. Manakala PAS, melalui Ketua Dewan Ulamaknya, telah membuat kunjungan ke rumah beliau dan mengajak ulamak yang popular itu untuk menyertai perjuangan PAS. Memang tidak syak lagi, penglibatan beliau dengan salah satu parti yang sentiasa bertembung itu sudah tentu menjadi kredit yang menguntungkan parti berkenaan. Isu penahanannya ibarat bola tangguk. Kedua-dua pihak bersuara, mengkritik tindakan JAIS. Seolah-olah ini adalah kali pertama penangkapan ke atas orang yang tidak bertauliah mengajar dilakukan.

Dalam ribut polemik hangat ini, JAIS yang merupakan agensi pelaksana kerajaan tersepit di tengah-tengah. Ramai yang mengatakan tindakan JAIS sebagai tidak munasabah, terburu-buru, tidak tahu urutan prioriti tugas dan macam-macam lagi. Ada juga yang menuduh JAIS menjalankan agenda politik pihak tertentu. Tapi yang jelasnya, semua orang menyalahkan JAIS. Pada saya, peruntukan undang-undang memang ada dan tidak mengecualikan sesiapa pun, walaupun bekas mufti dan tokoh ternama. Cuma cara JAIS mengendalikan peruntukan undang-undang itu ibarat menjolok sarang tebuan.

Kembali semula kepada berita “Orang gigit anjing”, sudah tentulah orang itu yang menjadi bahan berita akan popular. Cuma popularnya tidak sampai ke tahap dia ke depan untuk membuat kenyataan media, kerana jika mahu mempertahankan diri pun, orang tidak menggigit anjing, sebaliknya menggunakan kaedah lain seperti memukul dan sebagainya. Tetapi pada zaman sekarang, orang mencari populariti dengan pelbagai cara. Popular memudahkan sesetengah orang jadi kaya atau cari makan. Popular amat membantu untuk memasarkan produk barangan, servis dan pemikiran, lebih-lebih lagi dalam situasi bersaing dan bertembung aliran pemikiran.

Apabila perbezaan pendapat dan aliran pemikiran dibawa ke medan persaingan tidak sihat, maka cara fikir mereka yang terlibat tidak lagi rasional. Dr MAZA mewakili satu aliran pemikiran, manakala sebahagian besar mereka yang menentangnya mewakili aliran pemikiran lain, yang tidak boleh menerima pemikiran Dr MAZA, bahkan menganggapnya sesat. Akibatnya lahirlah tindakan-tindakan kurang matang daripada pihak-pihak yang bertelagah ini sehingga secara tidak sedar meletakkan Islam dan penganutnya sebagai bahan tawa orang bukan Islam. Bayangkan bagaimana satu negara yang bercita-cita mahu menjadi negara maju dan contoh kepada dunia Islam disibukkan dengan sedikit masalah pada pengurusan agama negerinya, yang sepatutnya boleh diselesaikan mengikut saluran pentadbiran yang ada. Keadaan bertambah buruk lagi apabila persaingan itu telah sampai ke meja mahkamah. JAIS dikatakan sepatutnya menumpukan usaha membanteras maksiat di kalangan muda mudi, berbanding melancarkan operasi menahan penceramah tanpa tauliah. Saya tidak bermaksud mempertahankan JAIS, tetapi nampaknya semua pihak yang bertelagah sudah hilang urutan prioriti amalnya, bulan JAIS saja. Bahkan tindakan saman menyaman dan fitnah memfitnah lebih memalukan dan menjatuhkan imej umat Islam, kerana yang terlibat itu semuanya bukan orang awam yang jahil. Itulah akibatnya apabila perbezaan pendapat dibawa ke gelanggang persaingan tidak sihat.

Peristiwa penahanan ini boleh disejukkan dengan mudah, seawal lahirnya lagi, tanpa kompromi dengan peruntukan undang-undang dan tanpa kompromi dalam isu kelemahan pentadbiran agama. Asasnya ialah menjaga nama baik institusi agama dan imej umat Islam, di samping usaha jujur ke arah membaiki jentera pentadbiran agama agar lebih berwibawa dan disegani. Tetapi jalan keluar yang mudah itu menjadi mustahil apabila faktor-faktor di atas sudah dominan. Apabila masing-masing ada kepentingan, gajah di depan mata pun tak nampak. Kuman ditubuh orang yang diteliti dan dihebohkan.

Politiking telah membayangi semua suasana. Keadaan ini semakin hari semakin buruk. Rasanya tidak perlu melayani orang yang menafikan hakikat ini. Situasi umat Islam negara kita yang semakin celaru pemikirannya, di samping masalah-masalah ekonomi, gejala sosial dan lain-lain yang masih dikendong, tidak akan menemui jalan keluar jika kejujuran pada agenda umat dan bangsa diperdagangkan demi kepentingan sempit masing-masing.

Kita perlu merenung segera, mencari dan mengenal pasti agenda perubahan yang menyeluruh dan mendasar. Kita perlu berada di luar lingkungan persengketaan yang tidak berpenghujung itu, tidak mudah terperangkap dalam polemik emosi, berada di luar kotak pemikiran yang sempit, untuk menemui ubat yang mujarab bagi umat ini. Berdepan dengan fenomena sebegini yang dijangka tidak akan kunjung padam dalam masa terdekat, menuntut komitmen berganda daripada kita dalam usaha mentarbiyah dan membina generasi pengganti yang boleh menggalas harapan umat.

Advertisements

5 thoughts on “Isu Penahanan Dr Asri

  1. Sira

    Salam,
    Dalam konteks penangkapan DR Asri kerana tidak ada tauliah rasanya tak perlulah kita besar-besarkannya..sebab pada tahun 2007 beliau juga pernah tidak membenarkan 3 orang ulama aliran sunnah berceramah di Perlis sebab tak ikut prosedur demikian jua Dr. Asri
    Saya tidak pertikai fahaman beliau, namun ramai yang marah penangkapan beliau dan menyatakan kenapa Dr sri di tahan tidak pula isteri PM yang tidak pakai tudung. Bagi saya soal pakai tudung tak pakai tudung dosanya dia dengan Allah tapi dalam masalah Dr Asri kenyataan boleh menyebabkan keresahan masyarakat dan membuat masyarakat Islam di negara ini kucar kacir. Dia tahu di Malaysia kebanyakkan negeri kalau sembahyang subuh pakai Qunut tapi dia pertikai…itu hak dia tapi berhikmahlah kalau tak setuju bukannya perkara pokok…kan Tuan Ulama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s