Dipercayai

Standard

Rasulullah s.a.w. digelar al-Amin sebelum dilantik menjadi Rasul. Sifat “dipercayai” yang ada pada diri Rasulullah s.a.w. itu bukan sekadar diketahui oleh orang ramai di Mekah pada masa itu. Bahkan sifat itu sudah menjadi gelarannya. Apabila sudah mencapai tahap diberi gelaran, maka sifat itu sudah mendapat pengiktirafan. Dan kalau kita kaitkan dengan topik bicara kita tentang salah satu sifat tonggak kepimpinan iaitu al-Amin, maknanya Rasulullah s.a.w. telah diiktiraf sebagai mempunyai ciri tonggak kepimpinan.

Oleh sebab itu, kita lihat Rasulullah s.a.w. menggunakan kelebihan ini ketika mula-mula mengiklankan dakwah baginda secara terang-terangan. “Kalau aku katakan kepada kamu bahawa di sebalik bukit ini ada sepasukan tentera berkuda yang bersiap sedia mahu menyerang kamu, adakah kamu percaya?”. Sekelian yang berhimpun pun berkata, “Ya, kami tidak pernah melihat kamu berbohong”. Sehabis sahaja dialog ini, Rasulullah s.a.w. terus mengiklankan dakwahnya.

Keyakinan terhadap hala tuju yang nak dibawa oleh pemimpin adalah isu kritikal. Agaknya inilah yang dimaksudkan oleh YB Dato’ Paduka Husam Musa apabila beliau mengutarakan isu hala tuju kepimpinan, dalam konteks Muzakarah UMNO-PAS, sebagai faktor yang mendorong beliau bertanding Timbalan Presiden. Agak sayalah. Mungkin ada faktor lain yang lebih besar. Wallahu a’lam.

Dalam sebuah harakah Islam, faktor kepercayaan terhadap hala tuju seharusnya terbit daripada kefahaman yang sama. Proses membina kefahaman yang sama bergantung kepada isu yang mahu ditangani. Jika sekadar mahu menjalankan projek membina sebuah madrasah tahfiz, sesi memupuk persefahaman terhadap objektif projek dan serba sedikit mengenai cara perlaksanaan tidak seharusnya memakan masa yang lama. Beberapa siri pertemuan dan mesyuarat sudah cukup untuk memupuk persefahaman yang membawa kepada saling mempercayai. Lepas tu dah boleh bentuk AJK. Duit untuk projek pun dah boleh dikutip. Ini kerana kepercayaan sudah wujud.

Tapi semudah itukah untuk memupuk persefahaman demi membenihkan kepercayaan terhadap kepemimpinan untuk membina tamadun Islam? Hanya harakah yang mementingkan aspek tarbiyah yang mendalam dan tenang sahaja yang berjaya mengelak krisis kepercayaan dalam sofnya. Bagaimanapun, setiap kalimah dalam ayat itu perlu ditekuni dengan baik.

Advertisements

One thought on “Dipercayai

  1. AHZ

    Ana bercadang utk ust menulis artikel atau satu kolum bagi masyarakat umum,cth adik-beradik, dalam mengajak memahami konteks kefahaman agama dari basic hingga memahami apa itu Islam yg syumul.Jzk…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s