Nak ubah apa?

Standard

Memang perubahan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. amat hebat. Bahkan perubahan itu terus memainkan peranannya walaupun setelah baginda wafat. Perubahan terus berlaku dan melata ke seluruh dunia, selepas berkurun baginda meninggalkan dunia ini. Keajaiban ini terjadi, sedangkan usaha baginda hanya berlangsung sekitar 23 tahun sahaja. Usaha 23 tahun telah menjana arus perubahan yang tidak berhenti sebaik tamat 23 tahun itu. Berasal daripada seorang manusia yang menyeru dunia seluruhnya kepada agama yang lurus, ia telah berubah menjadi kuasa dunia pada suatu ketika kemudiannya. Berasal daripada perubahan haluan hidup sekawan hamba dan rakyat kerdil, daripada menyembah patung tak bernyawa kepada mengabdikan diri kepada Yang Maha Agung, perubahan sekumpulan kecil manusia itu akhirnya menjana kepada perubahan lanskap politik dunia.

Ya, arus perubahan itu pernah lemah dan ditongkah oleh arus perubahan yang ditaja oleh barat dan budaya kuningnya itu. Ya, arus itu hampir hilang disergah sembilan siri Perang Salib. Tetapi yang pasti, arus perubahan itu masih bernyawa. Bahkan denyutan nyawanya itu semakin kuat hasil usaha gerakan Islam untuk menyambung perjuangan baginda. Cuma persoalan yang penting di sini, apakah rahsia di sebalik kejayaan Rasulullah ini?
Jawapannya dari satu sudut ialah sasaran usaha perubahan yang dipacu oleh Rasulullah s.a.w. ialah orang. Darjah kejayaan dan kelangsungan kejayaan sesuatu perubahan itu bergantung kepada tahap penumpuan perubahan pada elemen manusia. Jika perubahan itu memang bertunjangkan orang, bukan faktor benda, maka perubahan yang berlaku memang satu perubahan yang signifikan dan hakiki. Dan perubahan itu, sebagaimana ia lambat membuahkan hasil, ia juga mempunyai jangka hayat yang lama.

Saya pernah bersembang tentang isu ini dengan seorang “foreman” kereta, dalam bentuk perbualan santai tentang masalah umat Islam. Dia berkata, “kalau ada spanar mahal pun, tapi kalau orangnya tak pandai, boleh patah dibuatnya (spanar mahal tu). Tapi kalau ada orang yang reti, tak ada spanar pun dia boleh usahakan bagi jadi”. Satu gaya bahasa mudah dan bersahaja yang keluar dari minda yang “simple”, tapi mengandungi makna yang mendalam. Orang ekonomi atau yang berinstitusi di universiti dan sebagainya menyebut benda ni sebagai modal insan. Walaupun bahasa dan gaya hidupnya “simple”, tapi “foreman” itu, yang bekerja di bengkelnya sendiri tanpa bekalan elektrik kerana masih di peringkat permulaan bisnes, telah mengambil tindakan berani untuk menghantar anaknya bersekolah di sekolah Islam swasta. “Duit tak jadi soal”, katanya. Dia mengotakan ungkapan “simple”nya tadi.

Perubahan undang-undang dan peraturan tidak bermakna membawa kepada perubahan tingkah laku manusia. Hukuman dan penjara kemungkinan merubah perangai seseorang, tapi ramai juga yang tidak berubah, bahkan ada yang menjadi lebih “core” selepas keluar penjara. Faktor dorongan ekonomi dan kewangan juga boleh merubah manusia. Tapi perubahan itu sama ada semakin teruk atau ke arah kebaikan yang jarang berlaku. Kalau pun berlaku ia tidak kekal. Kalau pun kekal ia meminta balasan dan faedah. Jadi apakah sebenarnya cara untuk merubah manusia?

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s