Kepimpinan ulama atau professional?

Standard

Baru-baru ini, media massa pro kerajaan Barisan Nasional sibuk mencanang persaingan antara golongan ulama dan professional dalam merebut jawatan utama dalam PAS. Ribut sangatkah persaingan itu? Atau ia sekadar mainan media untuk pihak yang berkepentingan? Tetapi yang penting, sekurang-kurangnya ia menggambarkan isu itu memang wujud. Kalau tidak, masakan para pimpinan PAS yang ditemuramah memberikan respons pelbagai yang memberi isyarat isu itu memang relevan. Macam-macam pandangan ada. Cuma saya tidak berminat untuk mengulas pendapat-pendapat itu. Ini kerana perkembangan isu itu hanya mahu dijadikan mukadimah pembuka bicara sahaja.

Dalam kesempatan yang terbatas ini, saya teringat pada satu kuliah yang saya dengar lebih sepuluh tahun dulu. Oleh sebab tuan penceramah itu bercakap mengenai satu formula, bukan rambu-rambu cerita, maka isi ceramahnya itu melekat di kepala saya sehingga ke hari ini. Bahkan, formula yang diajarnya itu banyak membantu saya dalam membuat keputusan untuk memilih seseorang untuk sesuatu tugasan atau jawatan.

Formula yang saya maksudkan itu beliau ambil berdasarkan ayat al-Quran, dalam Surah al-Qasas ayat ke 26:

قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأمِينُ

Maksudnya: “Berkatalah salah seorangnya: Wahai bapaku! Ambillah dia sebagai orang upahan. Sesungguhnya sebaik-baik orang yang engkau upah ialah orang yang kuat dan dipercayai.”

Dua sifat yang ditonjolkan dalam ayat di atas ialah kuat (القوي ) dan dipercayai (الأمين ) . Kuat memberi erti keupayaan dan kompetensi untuk melakukan sesuatu tugas. Keupayaan dan kekuatan itu ada pelbagai jenis. Kekuatan akal fikiran (cerdik), kekuatan fizikal, kemahiran mengurus, berkomunikasi, berniaga, mempengaruhi, berpidato dan seribu satu macam keupayaan dan kekuatan lain. Kekuatan yang diperlukan sudah tentu berbeza-beza mengikut tugasan yang diberi. Kalau kita mahu seseorang untuk bergusti, pasti sekali kita mahukan kekuatan fizikal. Kalau mahukan seorang pengurus pejabat, jangan pilih orang seni, silap besar tu, kerana kekuatannya berada dalam lapangan yang berbeza.

“Dipercayai” merupakan satu sifat yang bukan hanya diperlukan apabila kita mahu melantik seseorang untuk menjadi bendahari semata-mata. Sebaliknya, sifat tonggak itu diperlukan dalam setiap pekerjaan dan jawatan. Bahkan “dipercayai” merupakan faktor penentu kejayaan sesuatu hubungan. Kalau sudah tidak percaya, kalimat perbualan hanya keluar dari batang tenggorok sahaja, bukan dari dalam hati lagi.

Dalam konteks jawatan kepimpinan organisasi dakwah, soal kompetensi dan “dipercayai” mengambil dimensi yang lebih tinggi dan mencabar. Soal berat ini tersimpul pada dua isu besar. Isu pertama ialah sejauh mana pemimpin tersebut boleh dipercayai untuk membawa organisasi ke arah matlamat yang betul.

Isu kedua ialah sejauh mana keupayaannya untuk membuatkan pengikut sanggup mengorbankan masa rehat, wang ringgit, kepentingan peribadi dan apa-apa saja demi mencapai objektif organisasi. Kita sambung bicara di lain masa, insyaAllah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s