Terjadi sendirikah perubahan itu?

Standard

Ramai orang bercakap tentang perubahan, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Presiden Amerika menjadikan “Change We Can Believe In” sebagai slogan dalam pilihanrayanya. Sejak pilihanraya 8 Mac 2008, semua orang bercakap pasal perubahan lanskap politik tanahair. Selepas setahun, Presiden UMNO meletakkan topik ucapannya sebagai: “Berubah atau Rebah”. Amat menarik sekali.

Sebenarnya perubahan merupakan fenomena alam yang sejati. Sejarah manusia ialah ilmu yang menceritakan tentang perubahan yang berlaku di sepanjang liku-liku kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Perubahan itu berlaku hampir pada apa-apa, siapa-siapa, mana-mana dan bila-bila masa saja. Cuma persoalannya ialah sama ada kita merasai perubahan itu berlaku atau tidak, dan sama ada perubahan itu sengaja dirancang atau tidak.

Saya tertarik dengan satu insiden yang dicoretkan oleh Stephen R Covey dalam buku “7 Tabiat”nya itu. Ceritanya lebih kurang begini (saya olah semula): Pada suatu hari beliau menaiki tren dan ada seorang lelaki membawa anak-anaknya menaiki tren yang sama. Anak-anak lelaki tersebut agak nakal dan “tidak tahu duduk diam”. Mereka mula mengganggu ketenteraman penumpang lain. Keadaan itu tidak disenangi oleh Stephen. Beliau semakin merasa resah apabila melihat lelaki tersebut langsung tidak mempedulikan perangai anak-anaknya dan tidak melakukan apa-apa untuk membaiki suasana. Perasaan resah itu mula bertukar menjadi marah, lalu beliau menegur lelaki tersebut agar berbuat sesuatu untuk mengawal anak-anaknya. Bagaimanapun, jawapan lelaki itu telah merubah serta merta perasaan beliau, daripada marah kepada simpati. Lelaki itu mengatakan mereka baru balik dari hospital dan ibu budak-budak itu baru saja meninggal dunia. Dalam keadaan murung dan bingung itu, dia tidak sedar akan tingkah laku anak-anaknya.

Perasaan Stephen yang berubah serta merta itu telah mendorong beliau untuk merubah tindakannya apabila beliau menawarkan apa-apa bantuan yang diperlukan oleh lelaki tersebut. Soalan yang dilontarkan di sini ialah adakah kita boleh merancang perubahan seperti itu?

Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk membawa perubahan. Bukan setakat pada masyarakat Arab, bahkan seluruh alam. Kita semua tahu latar belakang keadaan manusia ketika baginda dilahirkan dan seterusnya dibangkitkan sebagai Rasul yang terakhir. Kita juga tahu perubahan yang berlaku selepas itu. Dan sememangnya, suatu perubahan yang besar dan agung telah berlaku dan terus berlaku setelah pemergian baginda s.a.w. Baginda meninggalkan suatu tamadun yang tiada tolok bandingnya di sepanjang sejarah manusia di atas muka bumi ini. Soalannya ialah bagaimana baginda melakukan perkara yang hebat itu?.. Kita sambung pada kesempatan yang lain, insyaAllah.

Advertisements

4 thoughts on “Terjadi sendirikah perubahan itu?

  1. AHZ

    Aslmm…Akhirnya blog ust terbit juga…Lama ana tunggu…Huhu..
    Semoga Allah sentiasa menyayangi kita…
    Ameen…Wslm

  2. Hamzah Yusof

    Salam Utz .tahniah satu usaha penulisan penuh teliti,semoga berguna sevagai bekalan dlm maneruskan dakwah ila Allah ,sebenarnya pencerahan utz membuat saya lebih nyakin untuk memikul tugas dakwah khususnya kepada ikhwah kita yang terpukau dengan strategik licik kaafirun..semoga Allah sentiasa mebambah taufik,kekuatan dan pemeliharaan dan keberkatan atas artikel yanf hebat ini..Ketua Dakwah Isma kuala Kangsar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s